INGAT TARIKH INI - 1 Mei, 2009. Kalau tak ada aral melintang, semua ahli keluarga TSR akan berkumpul di Sri Pena, Port Dickson, untuk Hari Keluarga kita. Kita dah lama tak kumpul. Jadi elok kita buat program untuk jumpa-jumpa. 1 Mei tu hari Jumaat. Kali ni kita buat di luar KL pulak, sambil makan angin sambil eratkan silaturrahim. Sri Pena ni pusat latihan NSTP. Ada 18 bilik dua tingkat. Ada kolam renang, ada kafeteria, ada TV, lokasinya tepi pantai. Tempatnya di Telok Kemang. AJK induk famili TSR bermesyuarat di rumah Kak Yong di Ulu Klang semalam untuk membincangkan program ni. InsyaAllah, kita ke sana kalau tempat itu tak dipakai oleh orang lain. Aku selalu ke sana semasa kerja dgn NST dulu. Tempatnya menarik untuk famili. Sri Pena macam hotel atau apartment. Setiap apartment ada 2 bilik, satu hall, bilik air, balkoni. Setiap bilik boleh muat 4 atau 5 orang dengan selesa. Siap aircon lagi! Dalam hall pun boleh muat kurang2 5 atau 6 orang lagi. Kita cadang tidor sana 2 malam. Check in Jumaat (selepas 3 PTG) dan check out Ahad petang. Setiap apartment kena bayar RM100 untuk satu malam. Murah beb! Mana dapat tempat dalam dunia Malaya ni yang hanya bayar RM100 untuk 1 malam. Kalau kongsi-kongsi 10 orang, baru RM10 seorang! Dua keluarga kecik boleh masuk 1 apartment. Kita cadang buat tahlil dan kenduri arwah, ada temasya sukan kanak-kanak, ada lucky draw (tiket penerbangan ke bulan), ada BBQ, ada karaoke. Oleh kerana kita semua tidor setempat, kita boleh berkenalan dengan lebih rapat. Aku rasa elok kita semua pergi. Aku dah bagi tarikh awal-awal lagi, jadi cuba jgn mengelakkan diri. Kalau dah betul2 terpaksa, apa boleh buat, kita hanya merancang...Ada banyak tarikan lagi pada perjumpaan tu, tapi nanti aku bagitau lagi. Setakat ni, aku nak tahu berapa ramai yang boleh pergi. Tolong jawab dalam blog ni atau SMS pada 017-200-0021 atau SMS pada 019-200-0024 (dua-dua tu nombor aku da!). Cantik punya nombor kan? See the leg lah beb! Kalau ada soalan, boleh soal dalam blog ni atau hantar SMS pada kedua-dua nombor tu. Nak talipon pun ok, tak ada hal punya. Tapi kadang2 aku tak jawab call kalau kat meeting. Jadi, senang SMS. Sebagai penutup, tolong bagitau sedara mara kita jauh dan dekat. JOM PD!
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Yob, cyberspace connection made. Will try to give meaningful contributions.
PakLang TRS
Yob, 1 bilik saya cop dulu-dulu. Ingin juga nak menang cabutan tiket ke bulan. Labur 200 ringgit, ada can raih balik 8000 ringgit sekali 'appearance fee'...lawak je.
PakLang TRS
Pak Lang TRS,
TQ for dropping by!
U memang glamour habislah! Tiket ke bulan tu i think mesti u menang punya! can u e mail me pic of cucu and new family? can put in this blog anytime one! mail it to ahmad@ahmadtalib.org and i'll post it pronto. Also pic of tata and nena sekali! Jgn lupa tau...gua tunggu pak!
Will send you the appropriate Hanafiahs mug shots to your mail.
PakLang TRs
Post a Comment