Sunday, March 18, 2012

Apau 35 tahun khidmat dgn TNB


SALAM! Hari ni si Apau (Jaafar) makan sedap di ibu pejabat TNB. Hari ni dia diberi pengiktirafan oleh majikan dia, TNB. Ini sempena 35 tahun perkhidmatan dengan TNB. Arwah Abah dulu kerja dengan TNB juga. Masa arwah masuk kerja, TNB dipanggil CEB, Central Electricity Board. Lepas tu baru ditukar kepada LLN, Lembaga Letrik Negara. Kalau tak silap, ini ialah kali kedua Apau dapat hadiah sempena khidmat lama. Aku masih ingat lagi macam mana dia mula kerja. Gelihati juga dibuatnya. Aku baru aje lepas majlis kenduri kahwin di Sg Buloh. Jaafar pulak dapat kerja dengan TNB beberapa hari tu. Aku ingat arwah belikan motor lama untuk Apau pakai pergi kerja. Motor tu jugalah yang aku try bawak di sekitar Sg Buloh. Tapi minat motor tak lekat. Arwah mesti gembira tengok Apau meneruskan kerjanya di TNB, satu-satunya majikan yang memberi banyak kemudahan kepada kakitanganna.

Syabas Apau. Boleh belanja makan lepas ni!

Gambar ini dirakam semasa kenduri doa selamat di rumah Apau di Semenyih.