Saturday, September 17, 2011

Ramadhan yang berlalu..











SALAM! Lama tak update blog ni. Sibuk satu macam. Baru balik dari Bandung. Kerja bukan cuti. Pada Ramadhan yg lalu, banyak jemputan untuk berbuka puasa. Tapi aku pilih yang afdal aje. Tak larat nak pergi semua. Kalau ikut jemputan, hari2 berbuka di luar. Mana tahan. Kalau dgn saudara mara tu lain lah. Tapi kalau yang korporat - mak oi, loteh! Kalau iftar dengan korporat, semua tergesa-gesa. Buka puasa, lari ke surau (kadang2 suraunya kecik aje). Lepas solat, rush balik untuk makan. Lepas tu terpaksa beredar untuk terawih.

Hari tu, Apau buat open buka puasa kat rumahnya di Semenyih. Aku sampai ajem azan baru berkumandang. Sempat juga berjemaah maghrib. lihat gambar2 yang sempat dirakam pada malam itu.

Monday, July 25, 2011

Jom umrah ramai2 tahun depan!






























SALAM semua! Maaf, lama tak update. Baru2 ini saya pergi umrah berempat beranak dengan rombongan dari TV3 dan NSTP. Kami berada di tanah suci kira-kira 12 hari. Ini adalah satu perjalanan yang sangat memuaskan. Di Medina, kami tinggal di Hotel Holiday Villa, milik orang Malaysia. Ia cuma kira-kira 3 minit berjalan kaki ke masjid Nabi. Di Makkah, kami ditempatkan di Zam Zam Towers, yang tinggi macam bangunan berkembar Petronas di KL. Turun pintu hotel, dan jalan kira-kira 1 minit - dan kita terus masuk Masjidil-Haram! Zam Zam Towers ni betul2 macam KLCC - banyak kedai shopping, food court, ada mini market dan macam2 kedai souvenir. Kami pergi dengan Saudi Air. Dari KLIA kami mendarat di Medina. Lihat gambar2 yang sempat di petik di kedua-dua tempat. Mari kita jadi tetamu Allah tahun depan!

Tuesday, May 10, 2011

TRS bersurai selepas berkampong
















ASSALAMUALAIKUM! Selepas berkampong semalaman di Sri Pena, kita pulang ke rumah masing-masing. Pada hari Ahad, selepas bersarapan, masing buat persiapan untuk pulang. Tetapi sempat juga satu pertandingan futsal diadakan. Selepas sessi bergambar, kami semua bersurai ke rumah masing-masing dengan doa dan harapan agar kita akan bertemu lagi di masa hadapan. Sebenarnya, jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Adaah menjadi harapan kita semua agar silaturrahim yang terjalin akan berterusan, demi pertalian darah dan ikatan agama yang ada pada kita semua.

Bak kata pepatah Melayu:

kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
boleh kita berte,u lagi.

kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.