Thursday, August 12, 2010

Nini anak Zul kahwin orang Kedah































SALAM! Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Kira-kira seminggu sebelum Ramadhan, si Zul mengahwinkan anak perempuannya, si Nini. Nama penuhnya ialah Anasyatul Afini (23 tahun). Pengantin lelaki pula ialah Mohd Hafiz bin Saidin, 27 tahun. Meeka bertunang pada 27 Feb lalu. Pengantin lelaki berasal dari Kulim. Majlis berlangsung di Masjid Bandar Baru Sentul pada kira pukul 12 tengahari. Ini diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat selepas sembahyang zohor di tempat yang sama. Sanak saudara turun ke masjid itu untuk meraikan majlis perkahwinan yang dibuat dalam keadaan tenang dan sederhana pada 31 Julai 2010.

Nasihat aku pada pengantin sempena bulan baik ini:

Carilah berkat dalam hidup ini. Hidup kita tidak akan bahgia kalau kita tidak mengikut ajaran Tuhan yang maha esa. Maknya, lakukanlah ibadat dan jauhkanlah dari melakukan dosa2 yang merugikan. Apabila sudah berumahtangga, jalankan tanggungjawab dengan baik. Baikki diri kerana semua manusia ada cacat celanya. Elok juga mohon ampun dan maaf kepada ibu bapa dan sanak saudara kerana ini boleh membantu membina hidup yang lebih sempurna. Apabila sudah bergelar suami isteri, kamu berdua ada tanggungjawab berat untuk dipikul.

Tahniah dan moga2 hidup bahgia sepanjang hayat!

Friday, August 6, 2010

Selamat menyambut Ramadhan al mubarak!





SALAM! Tak lama lagi kita akan berpuasa. Ramadhan datang lagi. Elok kita buat persiapan untuk menyambut bulan yang baik ni. Banyakan beribadat. Elok periksa balik niat2 puasa, buka puasa, solat teraih dan apa juga amalan yang kita digalakkan untuk buat dalam Ramadhan ini. Kalau ada sesia[a yang berhajat nak mengajak keluarga berbuka puasa, elok maklumkan lebih awal. Supaya tak berebut-rebut dan tak tergesa-gesa. Kita harus ingat bulan puasa ni bukan bulan untuk kita memuaskan nafsu makan berlebih-lebihan. Makan sekadar cukup tenaga untuk beramal ibadat. Tak lama lepas tu, kita nak raya pulak. Jadi elok fikir-fikirkan samada nak buat takbir raya atau tidak. Kalau tanya aku, elok kita buat. Jadi pakat2 dan buat jadual. Elok buat planning awal2. Juga nasihatkan anak2 supaya lakukan puasa dengan baik. Jangan tuang kalau boleh.

Kalau ada masa, elok juga ziarah kubur sebelum puasa datang. Bersih-bersihkan sikit. Bukan apa - sekadar mengenang mereka yang sudah pergi. Dalam tahun ini, ramai juga saudara mara kita yang dah kembali ke rahmatullah. Walaupun mereka tidak lagi bersama kita, memori mereka masih jelas dalam kenangan. Al-Fatihah untuk mereka.

Ramadhan juga harus digunakan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita dan sesama umat Islam yang lain. Dalam gambar ini, aku dan anak2 buat majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Rumah Nur Salam di Chow kit. Anak2 ini tidak ada tempat tinggal dan makan pakai mereka juga tak menentu. Mungkin tahun ni akan buat juga, atau buat rumah terbuka dan jemput mereka sekali.

Thursday, August 5, 2010

Ijoi anak arwah Tok Ngah Manan meninggal


SALAM! Ini ada berita yang menyedihkan. Si Ijoi, anak arwah Tok Ngah Manan, meninggal dunia Selasa lepas, 3hb Ogos 2010. Ijoi yang nama sebenarnya Julia, meninggal selepas sesak nafas di rumah di Kg Kerdas, Gombak. Aku jumpa dia kali terakhir di majlis kahwin anak Hamdan di rumah yang sama. Berita yang aku dapat mengatakan arwah Ijoi baru balik dari cuti dengan kawan2 di Langkawi. Arwah di bawa ke hospital KL untuk disahkan sudah meninggal. Jenazah di kebumikan di Taman Ibu Kota. Arwah bekerja di Selangor Pewter sebelum ini. Moga2 rohnya di semadikan bersama arwah2 yang soleh.

Ini gambar Ijoi dan beberapa adik beradik dan anak saudaranya yang sempat aku ambil di majlis perkahwinan anak Hamdan. Ijoi berdiri di sebelah kanan aku dalam gambar ini.