Thursday, August 12, 2010
Nini anak Zul kahwin orang Kedah
SALAM! Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Kira-kira seminggu sebelum Ramadhan, si Zul mengahwinkan anak perempuannya, si Nini. Nama penuhnya ialah Anasyatul Afini (23 tahun). Pengantin lelaki pula ialah Mohd Hafiz bin Saidin, 27 tahun. Meeka bertunang pada 27 Feb lalu. Pengantin lelaki berasal dari Kulim. Majlis berlangsung di Masjid Bandar Baru Sentul pada kira pukul 12 tengahari. Ini diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat selepas sembahyang zohor di tempat yang sama. Sanak saudara turun ke masjid itu untuk meraikan majlis perkahwinan yang dibuat dalam keadaan tenang dan sederhana pada 31 Julai 2010.
Nasihat aku pada pengantin sempena bulan baik ini:
Carilah berkat dalam hidup ini. Hidup kita tidak akan bahgia kalau kita tidak mengikut ajaran Tuhan yang maha esa. Maknya, lakukanlah ibadat dan jauhkanlah dari melakukan dosa2 yang merugikan. Apabila sudah berumahtangga, jalankan tanggungjawab dengan baik. Baikki diri kerana semua manusia ada cacat celanya. Elok juga mohon ampun dan maaf kepada ibu bapa dan sanak saudara kerana ini boleh membantu membina hidup yang lebih sempurna. Apabila sudah bergelar suami isteri, kamu berdua ada tanggungjawab berat untuk dipikul.
Tahniah dan moga2 hidup bahgia sepanjang hayat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahniah pada pasangan pengantin baru
Nasihat yang berguna pd yg sudah berumahtangga juga. InsyaAllah, nasihat yg diberi akan diingati dan dilakukan dgn baik. Terima kasih kepada yg hadir pd hari tu. Dan mungkin akan ada majlis sanding untuk pengantin di Negeri Sembilan. Tarikh, tempat dan masa akan disebarkan kemudian.
ramai yg datag..yg dah lame tak jumpe pon ade..(15tahun opah dgn wan)
tp opah kekal ingat lg...
terima kasih pada semua jemputan yg hadir..
afaD.
Post a Comment