Sunday, September 12, 2010

Buka puasa kat rumah lagi selesa











SALAM! Ramadhan dah berlalu. Ada antara kita yang benar2 memanfaatkan bulan mulia itu dengan bertarawih, bertadarus dan bersedekah. Masing2 ada program, samada bersendirian atau bersama anak beranak dan saudara mara. Aku membuat keputusan untuk berbuka puasa di rumah tahun ini. Aku dapat jemputan berbuka di hotel2 dan dengan VVIP seperti menteri dan korporat yang besar dan kaya. Tapi aku buat keputusan utk berbuka di rumah kerana ia lebih mudah dan selesa.Kalau berbuka di hotel, mata jadi rambang - semuanya sedap, semuanya nak! Berbuka di rumah lebih rileks. Tak banyak kerenah. Boleh rileks pakai kain dengan T shirt aje. Dalam Ramadham kali ni, aku ajak juga adik beradik dan saudara mara berbuka di rumah. Aku buat tiga kali. Ada yang tak dapat datang kerana ada urusan lain. Ini gambar2 semasa berbuka di rumah aku. Kali ni aku jumpa popiah basah yang sedap dijual di pasar ramadhan Taman Tun. Tapi kalau nak beli, kena beratur awal. Kadang2, sam[ai 20 orang beratur untuk beli popiah.

3 comments:

Anonymous said...

Buka puasa di rumah definitely better. Even better kalau dapat 100% home cooked food. But nowadays, memang susah.

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

mesti meriah yer...
klau lg ramai lg best kan..._afad_

aisyah said...

salam....
kami dari waris hjh jamaliah binti ismail bin endot dr kkb(kuala kubu bharu)mengucapkan selamat hari raye n maaf zahir batin...
sudah 2 tahun kite tidak bersua(familyday)agak2 bla akan d adakan lg ye... :)