Sunday, October 3, 2010













SALAM! Masih ada lagi Syawal. Tapi tahun ni, Syawal bagi aku sibuknya luarbiasa. Aku dah ambik cuti beberapa hari tapi kena juga pegi pejabat. Ada aje kerja. Tetapi dalam kesibukan itu, dapat juga bertakbir raya. Takbir raya ni memang elok dikekalkan. Kali ni, kita buat sedikit pembaharuan. Kami bergerak lebih awal. Saudara mara berkumpul di rumah aku selepas berbuka di rumah masing-masing. Bagi tahun2 yang lepas, kami berkumpul selepas isyak. Kami juga buat keputusan untuk tidak berlabuh lama di semua rumah. Dan kami minta tuan rumah untuk menyediakan makanan yang ringan2 saja. Bagaimanapun, kami duduk agak lama di rumah Uncle Karim! Mengapa? Kat rumah dia macam2 ada! Faham2lah! Ada sambal sotong, ada rendang, ada ketupat..Payah nak tolak tu! Kami habis dalam pukul 4pagi. Mungkin tahun depan kita cepatkan lagi dengan berbuka di salah sebuah rumah adik beradik. Maknya, kita dah boleh bergerak sebelum isyak lagi.

3 comments:

Ann said...

Ucapan tahniah daripada kami sekeluarga untuk yob sempena penganugerahan gelaran Dato' Wira dari Kerajaan Negeri Melaka.

Ann

TokAyah said...

Datok Yeop..

cuma nak tanya skit..
kalau naj terus post gambo2 kat sini bole ke.kalo bole cemana nak buat..
kalau anto gambo dulu ke owner,,pastu owner post..lerr.lambatnya..maklumle..orangsebuk sakan..hehehe..

TokAyah said...

Dah lama tak update tuu..