Sunday, October 31, 2010

Majlis mesra, makan tak terhingga













































SALAM! Nah, selepas beberapa buat persiapan, maka sampailah pada hari perkahwinan yang dinanti-nantikan. Kami pun berduyun-duyun ke Sg Merab untuk meraikan majlis. Tak rugi punya! Makan sedap. Ada sotong kering, ada rendang Palembang, ada macam2. Air sirap dah tentu ada. Band live takda tetapi karaoke ada. Maka ramailah bakat2 terpendam keluar menyumbang lagi. Nasib baik takda yang sumbang! Aku tengok Pak Andak betul2 riang pada hari tu. Ramai betul tetamu yang diundang yang hadir .

Masa aku di sana, dapat juga bertemu dengan saudara mara yang lama tak jumpa. Ramai juga yang datang dari Sg Choh, iaitu kampong arwah Abah dan arwah Mak Andak. Aku harap saudara mara akan sentiasa berhubung dan bertemu bila ada ruang macam majlis2 perkahwinan dan kenduri kendara. Masa beginilah yang elok bertanya khabar. Aku sibuk betul pada majlis tu - sibuk makan dan sibuk ambik gambar. Tengoklah gambar2 yang tertera di sini.

Majlis yang dibuat dalam suasana kampong dan dusun memang lain dari yang lain. Tu fasal majlis ni meriah dan mesra. Bagi mereka yang tidak dapat bersama di majlis ini, harap2 gambar yang dipaparkan di sini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang rindu. Bagi pengantin baru, mari kita doakan jodoh mereka berkekalan dan hidup dalam bahagia, InsyaAllah.

5 comments:

TokAyah said...

Salam...

Nice photo Dato'
kalau ada caption lagi ngam..

kongsi-kongsi said...

Betul Zan...tapi nak upload pix dari folder ke blog makan masa..tapi akan cuba lepas ni..

dah bagitau sedara mara tengok gambar2 ni?

salam

TokAyah said...

InsyaAllah ..akan dimaklumkan..

TokAyah said...

insyaAllah..akan dimaklumkan..

TokAyah said...

Saya rasa masa download gambo size gambo tu beso sangat.. kalau di resize balik mungkih lebih cepat..