Sunday, October 17, 2010

Live - showtime di Sg Merab!






















SALAM! Bulan Syawal lepas ramai juga yang buat kenduri kahwin. Kita semua mesti ada satu dua jemputan. Aku dapat macam2 jemputan, termasuk majlis bersanding angkasawan negara Datuk Syed Muszafar. Aku tak pegi kerana jemputan tak kena tarikh. Aku kerja malam tu. Tapi aku pegi ke jemputan Pak Andak Ibrahim di Sg Merab. Majlis dibuat pada 9 Okt. Tapi malam sebelum tu ada majlis juga kat rumah Pak Andak. Majlis kali ni ialah untuk anak perempuan Pak Andak si Jui, atau Julia. Aku ke rumah Pak Andak selepas isyak. Sesat pulak tu! Jalan dah banyak berubah. Kalau siang hari, aku tak mungkin sesat. Tapi, bila dah malam...sikit ada susah lah!

Malam tu, tuan rumah anak beranak buat persiapan akhir untuk majlis keesokan harinya. Macam2 gelagat aku tengok. Aku sempat makan rendang palembang sikit. Malam itu juga ada majlis hiburan langsung! Cuma tak masuk TV aje! Kalau mendengar nyanyian para artis malam tu, ramai artis profesyenal tak boleh cari makan! Kalau ada cuba nak buat album, aku nasihatkan lebih elok buat album susun gambar aje...! Jangan marah, nanti kena jual! hahaha!

Sila lihat gambar2 yang didatangkan khas dari majlis tersebut! Kalau ada komplen, talipon talian kecemasan dan bebas tol 1-800-1-800. Surat menyurat tidak dilayan!

3 comments:

Anonymous said...

Dato',

Maaf nak tanya..mana gambar pengantinnya?

Anonymous said...

heheheh.. tgok dlm gmbar mmg meriah..
blom time sanding lg..hehehe

kongsi-kongsi said...

gambar pengantin? hehe..tunggu sikit lah. tengah teramat sibuk ni..