Thursday, January 29, 2009

Lembu dan ternakan turut jadi mangsa

AKU DIBAWA MELAWAT satu kawasan di mana rumah bertingkat dan ladang limau ranap dibedil oleh kereta kebal Israel. Ramai mangsa yang hilang harta benda dan mata pencarian. Di satu ladang, buah limau yang separuh masak bertaburan dan pokok-pokok limau tumbang akibat bedilan peluru dari meriam besar yang datang mengganas. Di sebuah ladang lain berdekatan dengan ladang limau, beberapa ekor lembu dan kambing biri2 turut jadi mangsa. aku ambiuk banyak gambar tapi tak dapat tak upload ke dalam blog kerana komputer laptop tak berfungsi. Tak bolej caj langsung. Namun, aku dapat melihat dengan mata ke;pala sendiri keganasan yang ditunjukkan oleh pengganas zionis itu. Kita harus bersyukur bahawa bumi Malaysia tidak jadi macam Palestine. Ini ialah hari yang ketiga aku di bumi ini. apabila bangun pagi ini, kami semua bersedia untuk lari kerana ada desas desus yang mengatakan Israel akan melancar serangan baru. Kami terus berdoa agar ini tidak berlaku.

Wednesday, January 28, 2009

Akhirnya masuk Gaza juga...

SALAM DARI GAZA! Aku masuk Gaza selepas empat hari mencuba. Hari pertama kami beredar dari Kaherah dan pergi ke Rafah Gate, checkpoint untuk memasuki Gaza. Checkpoint itu dikendalikan oleh Egypt. Kami ingat mudah masuk, tapi rupa-rupanya susah. Selepas mencuba empat hari, baru kami berjaya. Rafah Gate tu kira-kira 4 jam perjalanan dari Cairo! Bayangkan betapa jauhnya. Namun, dalam perjalanan kami dapat melihat Suez Canal! Kita semua belajar fasal Suez Canal sejak dari sekolah dulu, tapi akhirnya sampai juga! Cuaca di Gaza sejuk tapi nasib baik dapat hotel yang ada heater. Makan di sini boleh tahan sedap, tapi kebanyakannya kambing dan ayam. Ikan mahal. Anyway, cukup setakat ni dulu. Laptop meragam pulak jadi kena pinjam laptop member. Doakan kami semua selamat.

Tuesday, January 20, 2009

Aku terbang ke Gaza malam ni, insyaAllah!







TIKET DAH ADA, DUIT DAH SIAP - insyaAllah malam ini aku berangkat ke Palestin. Penerbangan berlepas 2359, iaitu seminit sebelum pukul 12 malam. Kawan di Cairo dah dapat kelulusan masuk Gaza. Aku belum tahu lagi. Kalau nasib ada baik, aku akan masuk juga. Gaza dibedil meriam dan dibiom setiap hari selama hampir sebulan. Tapi sekarang ada gencatan senjata. Maknya, tak ada tembakan dan bedilan. Aku tak tahu apa yang menunggu di Gaza. Niat nak menolong mangsa keganasan. Tapi jangan lupa, kita juga kena tolong diri sendiri. Apapun, aku dah siap masuk barang dalam bag. Semasa packing tadi, si Chein datang kejap. Kawan2 kata nak tunggu kat KLIA. Elok juga tu, kita nak jalan jauh. Seronok juga kalau sekali sekala ada yang menghantar. Ada benda-benda lagi yang nak dibeli. Setokin, nak tukar duit, anak kunci, bateri spare...sorang2 pack barang ni mudah sikit. Tak bising. Hari ni tadi tak sempat makan.Ingat nak makan kepala ikan Anuar kat TMC tapi dah tergesa-gesa langsung tak sempat. Tapi tak jadi hal, hari tu aku makan kat gerai dia. Dia tahu aku nak pergi Palestin. Terus tak mau ambil duit. Makan free. Kadang2 makan kat luar ni muak...Anyway, mungkin ini posting terakhir sebelum sampai ke Palestin. Kalau ada rezeki dan jika umur panjang, kita tambah posting baru. Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa, terlanjur kata. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali! Salam

Monday, January 19, 2009

Yoi masuk hospital - jenguk2lah dia!





















SIANG TADI AKU MELAWAT YOI, anak arwah Boss (Pak Cik Latip). Si Yoi dah masuk hospital banyak hari jugak. Dia ada penyakit yang kena mengena dengan prostat. Prostat ini mengawal cara cara buang air besar dan kecil. Aku pergi dgn Ekhwan. Dia bawa kereta. Jalan ke Hospital Selayang ada banyak cabang. Pilih yg mana satu. Parking tak ada hal. Hospital tu ada underground parking. Yoi tak dapat tahu berapa lama dia akan berada di hospital. Jadi kalau kau orang ada masa, luanglan sedikit untuk pergi melawat dia. Tak susah nak cari wad dia. Yang susah, nak cari jalan ke hospital. Dia ada dalam Wad 7C, katil 9. Wad tu di tingkat 7.

Friday, January 16, 2009

Moga2 sembuh segera dan dijauhi bahaya..






















SO FAR SO GOOD! Pembedahan dah selesai dan berjalan baik. Pesakit mula sedar selepas dibius. Kawan2 dan saudara mara mula menjengok. Ada juga yang bawa kek harijadi. Ini sebahagian dari gambar hari ini. Pembedahan dibuat jam 8.30pagi di Pantai Medical Centre. Moga2 cepat semboh seperti sediakala.

Thursday, January 15, 2009

Happy Birthday! Get well soon.
















SEMALAM SAMBUT BIRTHDAY, hari ni masuk hospital. Malam tadi kami sekeluarga dgn kawan ofis Sophia pegi makan-makan sikit. Sambut birthday yang ke 20. Entah berapa kali birthday yang ke 20 nih! Lepas tu, terus pegi hospital Pantai. Pagi tadi, dah buat surgeri. Alhamdulillah, semua bagus...

Wednesday, January 14, 2009

Lu tak tau gua member dgn Ramli Sarip?







SORRYLAH BEB! INI BUKAN MAIN2 PUNYA GAMBAR. iNI RAMLI 'PAPA ROCK' SARIP BEB! Aku sms dia ajak minum teh kat Bangsar. Dia ni memang humble habis. Tak sombong, peramah, senyum sokmo! Aku bagi dia gambar yg diambik 4 tahun dulu. Gambar tu gambar dia dgn Tun M. Tun M sambut birthday 80 tahun di PWTC dan Ramli Sarip nyanyi satu lagu. Lepas tu dia minta autograf dgn Tun. Aku serah gambar tu kat dia. Sekaligus, aku jemput dia datang perform kat satu event anjuran yayasan salam pada 1hb Februari ni. Dia setuju! Nanti aku bagitau apa function tu. Boleh datang ramai2 tengok Ramli perform...tak rugi punya. Mlm tadi juga sukarelawan Salam bergambar dengan Papa Rock. Blogger Rockybru, Jalan Sudin dan BigDog pun turun mlm tadi. Kami kena roti bakar kat Chawan, Bangsar.
PESANAN: Kita kena berkawan dgn ramai orang beb! Tapi ingat - mulut mau manis, hati mau baik...!

Tuesday, January 13, 2009

Rakan2 seperjuangan di Baghdad, Palestin




REUNION DAN MISSI BARU! Dalam posting semalam, aku kata aku akan ke Palestine minggu depan InsyaAllah. Pada Ahad lepas, aku dan kawan-kawan ke Seremban makan di Restoran Nelayan, satu-satunya restoran yg menyediakan masakan Negri Sembilan. Sedap betul! Ada daging salai, ikan keli salai, otak lembu, telor itek, landak, pelandok. Macam2 style masakan, tapi yg paling sedap ialah masak lemak cili api! Anyway, malam tu kami ada dua kumpulan - satu kumpulan yang pergi ke Baghdad semasa perang 2003 dan satu lagi kumpulan yang akan ke Palestine. Dalam gambar berempat, dua orang yang di tengah-tengah itu masuk ke Baghdad dan di tembak oleh Muslim Shiah. Yang pakai seluar biru kena tembakan dan hampir lumpuh. Yang pakai seluar puteh pun ditembak tetapi tak kena. Pemandu van dia mati serta merta. Dalam gambar berenam pula, empat kawan2 yang di tengah akan bersama aku ke Palestine minggu hadapan, InsyaAllah. Dalam hidup ni, mesti ada pengorbanan beb! Mesti ada perjuangan! Salam
PESANAN: ada sapa2 yang nak menderma ke? Kami terima makanan, ubat, lilin untuk dibawa ke Palestin utk saudara Islam di sana

Aku ke Palestin minggu depan, insyaallah




INSYALLAH, AKU AKAN KE PALESTIN MINGGU DEPAN! Buat masa ni, aku sedang membuat persiapan ke bumi Palestin. Bukan nak pikul senapang, tapi nak pikul ubat, makanan, selimut dan keperluan lain. Aku akan bawa beberapa orang sukarelawan, termasuk doktor dan paramedic. Kalau sesiapa berhajat nak bantu saudara Islam kita di sana, caranya mudah aje. Boleh bagi duit, barang2 seperti lilin, makan dalam tin seperti baked beans, makanan sudah masak seperti Brahim, selimut. Keadaan di Gaza semakin teruk. Kami harap dapat berlepas awal minggu depan melalui Cairo.

Monday, January 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Rozy & Azmi!



























































































































WAH! BERGAYA BETUL SEMUA ORANG! Ramai juga saudara mara yg datang ke majlis perkahwinan anak Kah Puteh dan arwah Abang Rosli semalam. Majlis dibuat di Wisma Sejarah Jln Tun Razak. Tapi aku rasa terkilan juga kerana ada juga saudara mara yang tak datang. Mungkin sibuk dan ada hal hal-hal lain. Majlis juga diserikan dengan tarian kuda kepang. Lagu2 pop yeh yeh berkumandang dalam dewan. Ada juga saudara mara yang datang dari Melaka. Hidangannya nasi minyak dan rendang daging dan ayam. Cendol pun ada. Tahniah kpd kedua mempelai. Moga2 bahgia ke anak cucu.

Pak Lang sambut Raya 08 in style











SORRY LAMBAT SIKIT nak masukkan gambar2 menarik ni. Dalam beberapa hari yang lepas ni agak sibuk sikit nak menguruskan pemergian ke Palestine. Kalau tak ada aral melintang, aku akan berangkat ke Cairo minggu depan dan seterusnya ke border Egypt-Israel. Nak hantar bantuan makanan dan perubatan kepada saudara Islam di sana, insyaAllah. Anyway, ni dia gambar2 keluarga Pak lang yang lainnya. Hari tu aku dah siarkan sikit tapi kali ni masuk penuh siap dengan nama sekali. Gambar atas sekali (dari kiri): Anouk, Pak Lang, Aimee yg memegang Athea, Andie dan Amril. Gambar 2 (dari kiri): Athea, Anouk, Opah dan Andia. Gambar 3: Athea buli atuk dia di rumah Opah dan gambar 4 (dari kiri): Amril, Athea, Anouk.
PESANAN: kalau sesiapa ada gambar nak masukkan, bagi kat Yob. Dijamin beres Pak!

Friday, January 9, 2009

Kindergarten pun ada PE rupanya!







HARI NI ADA PE, kata Sara lepas dia siap-siap nak ke sekolah. Wah, siap dengan pakaian sukan sekali. Mummy dia bangun pagi masak meehoon dengan ayam goreng. Bertuah punya badan! Masa kita kecik-kecik dulu, kita makan apa yang ada aje. Apa PE tu, kita tanya Sara. "Physical education lah...!" Oh, gitu rupanya. Eh, dulu kita kata PJ, nyampok Pak Usunya si Syah. Samalah tu..PE dalam BI PJ dalam BM (pendidikan jasmani)...













Sunday, January 4, 2009

Tengok kedaifan Kemboja - kita nasib baik!
























































SALAM DAN SELAMAT TAHUN BARU! Dalam kita menyambut tahun baru, cuba renung-renungkan sikit keadaan sekeliling kita. Tahun ini tak kurang mencabar. Tapi bagi saudara seagama di Kemboja, keadaanya lebih teruk. Actually, amat daif. Cuba lihat gambar2 ini. Nak ikut ke Kemboja tahun ni? Nak berbakti? Jom, join Yayasan Salam. Cuba lihat - kereta lembu masih berguna di kampong Kemboja ni. Minyak motor jual dalam botol aje. Kedai guntingnya macam nam roboh, cuma ada satu bangku dan cermin yang dah pecah. Tengkorak tu apa pulak? Ini bukan tengkorak main-main. Ini tengkorak betul. Rejim Komunis dibawah pemerintahan Pol Pot membunuh hampir 2 juta rakyat Kemboja sebelum rejim itu digulingkan. Nasib baik kita tak sampai macam tu...