JAGA2 KAWASAN RUMAH! Sekarang musim curi dan samun. Ekonomi down. Business lembab. Ramai orang mengalami kesusahan. Ramai juga Mat Indon dan Bangla yang cari peluang. Aku hampir jadi mangsa dua malam lalu. Dua Mat Indon panjat pokok mangga kat rumah pada pukul 11 malam. Jiran nampak. Jiran jerit "pencuri, pencuri!" Anak jiran sergah Mat Indon. Mat Indon lari lintang pukang. Anak jiran dan abangnya kejar. Mat Indon masuk kawasan flet. Satu Mat Indon menyoropk belakang tong sampah. Orang flet tangkap dia dan...Satu Mat Indon lepas lari. Secara kebetulan, ada polis di situ. Dia gari Mat Indon. Aku dimaklumkan. Aku dengan ekhwan tengah kena mee rebus dengan sukarelawan Yayasan Sayam yg tolong anak-anak yatim. Aku balik dan terus ke flet dan jumpa Pengerusi persatuan penduduk flet. Kereta Ronda polis sampai. Mat Indon masuk kereta dan dibawa ke Balai Sg Besi. Aku ke balai dengan Sophia dan anak jiran dan abangnya. Aku buat polis repot. Sekarang Mat Indon masih di lokap. Dia tak ada permit kerja. Pukul 230 pagi Polis Bahagian Jenayah datang buat siasatan. Semua beres kira-kira pukul 4 pagi. Pegawai polis kata dia akan siasat betul-betul dan Mat Indon mungkin akan didakwa. Pegawai polis kata dia kena siasat betul2 kerana "rumah datuk ada wartawan...kalau tak siasat, panas saya dibuatnya." Kahkahkah! Aku tak cerita banyak. Tapi aku hantar sms pada Ketua Polis Selangor yang baru kenal kat Bukit Antarabangsa. Kita nak polis siasat tanpa mengira bulu. Tapi memang polis yg datang siasat tu baik orangnya. Mat Indon kata dia panjat pokok tu fasal nak ambik mangga. Pukul 11 malam nak ambik mangga? Ada tiga biji mangga kat pokok tu. Anak-anak pun degil. Aku dah suruh jolok mangga tu dan banyak kali. Tapi anak-anak sibuk lebih dari menteri, ke sana ke mari macam dunia tak boleh jalan kalau diorang tak ke sana ke mari. Itulah ceritanya. Moral cerita mudah - kalau pokok mangga jadi masalah, tebang aje!
PESANAN - jgn leka, jgn alpa! Elok sentiasa waspada!
4 comments:
wah,,,kuat cable u datuk, bolih main sms je dgn ketua polis selangor, hebat hebat org zaman abad ke 21 ni....hehehe,nanti if rumah i pula i sms u so u blh tolong sms kan pada ketua polis selangor pula...tq.
jep, ketua polis tu dengan aku buat kerja di bukit antarabangsa. aku berkenalan dengan dia di sana. baik orangnya. saling bantu-membantu.
anyway, jep ni sapa sebenarnya? tak aci kalau tak tahu nama sebenar. macam nama artis lah beb! hehe
selamat tahun baru!
1) Janganlah marahkan pencuri, pokok mangga yg kena tebang. Cantas sikit OK dah. Elok taruk gamba Indon tu.
2) Datuk Khalid memang baik orgnya. He got no airs. Kenal masa dia OCPD Kuantan dulu. Time tu I keje Pegawai Protokol Pahang. Memang boleh sms dgn dia walaupun kita pegawai kecik je.
Mohd. Ramesh
Ya, i think that's a good idea..cantas kat atas sikit. lagipun, buahnya bagus. takkan fasal mat indon tu kita nak tebang the whole tree...tq MR.
Post a Comment