REUNION DAN MISSI BARU! Dalam posting semalam, aku kata aku akan ke Palestine minggu depan InsyaAllah. Pada Ahad lepas, aku dan kawan-kawan ke Seremban makan di Restoran Nelayan, satu-satunya restoran yg menyediakan masakan Negri Sembilan. Sedap betul! Ada daging salai, ikan keli salai, otak lembu, telor itek, landak, pelandok. Macam2 style masakan, tapi yg paling sedap ialah masak lemak cili api! Anyway, malam tu kami ada dua kumpulan - satu kumpulan yang pergi ke Baghdad semasa perang 2003 dan satu lagi kumpulan yang akan ke Palestine. Dalam gambar berempat, dua orang yang di tengah-tengah itu masuk ke Baghdad dan di tembak oleh Muslim Shiah. Yang pakai seluar biru kena tembakan dan hampir lumpuh. Yang pakai seluar puteh pun ditembak tetapi tak kena. Pemandu van dia mati serta merta. Dalam gambar berenam pula, empat kawan2 yang di tengah akan bersama aku ke Palestine minggu hadapan, InsyaAllah. Dalam hidup ni, mesti ada pengorbanan beb! Mesti ada perjuangan! Salam
PESANAN: ada sapa2 yang nak menderma ke? Kami terima makanan, ubat, lilin untuk dibawa ke Palestin utk saudara Islam di sana
4 comments:
yg baju putih x kena apa2.....or kena kebab baghdad...hehehe jgn marah beb,bab mkn kan.....
Ikut kata CNN, reporter diaorg pun Israel tak kasi masuk. Setakat kat gate je. So, mcm mana? No jalan, no road...Tun M kata pegi dgn kapal, tapi gunboats dia pulak kawal. Mcm mana ye...
Mohd. Ramesh
yg baju puteh hari-hari kena kepala kambing! tak boleh lawan punya!
kita ada member dalam gaza tu. tapi nak masuk tak mudah. doktor dari international red cross pun tak dapat masuk...tapi kita akan cuba. setidak-tidaknya dapat hantar makanan kat border pun dah ok..
Post a Comment