Wednesday, January 28, 2009

Akhirnya masuk Gaza juga...

SALAM DARI GAZA! Aku masuk Gaza selepas empat hari mencuba. Hari pertama kami beredar dari Kaherah dan pergi ke Rafah Gate, checkpoint untuk memasuki Gaza. Checkpoint itu dikendalikan oleh Egypt. Kami ingat mudah masuk, tapi rupa-rupanya susah. Selepas mencuba empat hari, baru kami berjaya. Rafah Gate tu kira-kira 4 jam perjalanan dari Cairo! Bayangkan betapa jauhnya. Namun, dalam perjalanan kami dapat melihat Suez Canal! Kita semua belajar fasal Suez Canal sejak dari sekolah dulu, tapi akhirnya sampai juga! Cuaca di Gaza sejuk tapi nasib baik dapat hotel yang ada heater. Makan di sini boleh tahan sedap, tapi kebanyakannya kambing dan ayam. Ikan mahal. Anyway, cukup setakat ni dulu. Laptop meragam pulak jadi kena pinjam laptop member. Doakan kami semua selamat.

No comments: