Thursday, December 25, 2008

Kejam celik, rupanya dah 32 tahun kawin!


SELAMAT PENGANTIN LAMA! Ini bukan ucapan jenaka. Ini sebenarnya ucapan yang ditujukan kepada mereka yang dah betul2 lama berumah tangga. Macam aku dan Kak Cik. Berapa lama da? 32 tahun beb! Hari ni bergelar atok dan nenek (yg si nenek pakai gelaran glamour, itu fasal Sara panggil dia emma, short for grandma!). Tak mau kalah! Cerita kahwin dulu2 pun banyak juga kisahnya! Sehari sebelum nikah aku pinjamkan duit hantaran pada seorang kawan yg betul2 terdesak. Dia janji nak bagi balik pada keesokan harinya. Aku bagi dia duit tunai yang baru ditukar kat bank. Bagi hari Jumaat, janji bagi balik hari Sabtu. Hari Sabtu nak pergi nikah. Nikah di Kg Baru, buat malam. Pagi Sabtu kawan aku timbul tapi duit tak timbul! Sepanjang hari cari kawan2 lain nak kumpulkan duit hantaran. Sebelah petang baru dapat, Tapi duit semua duit lama. Dah berkedut. Apa boleh buat. Malam tu pergi nikah bawa duit hantaran yang kerepot tarok dalam album. Semua orang geleng kepala. Majlis bersanding di Kg Baru semua ok. Majlis bertandang di Sg Buloh penuh dengan para jemputan. Bila kumpul duit hadiah yang jemputan bagi, dan selepas bayar hutang kenduri, ada baki lebih kurang RM300 kalau tak silap. Arwah Abah kata dia nak pakai duit tu untuk beli motor second hand. Motor tu Apau pakai untuk mula kerja dengan TNB. Banyak cerita. Selepas kenduri kendara, aku ke Kg Baru. Duit habis. Nasib baik arwah Opah ada. Dia bagi RM50! Syukur Alhamdulillah, semua kisah-kisah pahit tu dah berlalu. Hari ini, keadaan berbeza, kisah berbeza. Langit tidak sentiasa cerah, dan awan mendong berlalu juga akhirnya. Ramai yang bergembira pada hari majlis sudah tiada lagi bersama kita. Kenangan bersama masih kuat, menjadi memori yang tak ternilai harganya. Al-Fatihah untuk mereka.


PESANAN - Kalau ada sesapa nak belanja, bagitau awal...

2 comments:

Unknown said...

Yob,
Congratulations on celebrating 32blissful and I'm sure some blastful years with Kak Cik. Now that you have mentioned it, I've forgotten that Andie and I have been similarly married for 34 years, dua tahun lebih ler. Di pangil cucu, Tata & Nena, nama glamour juge tapi ikut style sebelah Bollywood punya continent. Kalau duit kusut nak ratakan lapis between two damp cloth dan setereka. Ni cakap orang jurutera ler.
Wishing you many more good years together and cucus.

PakLang TRS

Anonymous said...

Happy Anniversary Baba, Ibu..sorry sebab selama ni selalu tersalah tahun! Tot 31 thn, tp rupanya dah 32 tahun!! - Cha