Tuesday, December 16, 2008

Afad nikah mek Kelate...ahem!




CUBA TENGOK SIAPA DALAM GAMBAR-GAMBAR NI! Ini antara gambar-gambar yang diambil di majlis nikah Afad di Kota Baru. Tarikh aku tak ingat. Tapi boleh tahan juga budak-budak ni. Aku pergi berlima - Ekhwan, anak Hamdan si Abang dan Angah dan si Awaludin. Kami naik WEP 31 ikut jalan Gua Musang. Tidor di hotel tepi sungai kelantan. Bilik kecil tapi muat 5 orang. Ada jugak kaki mendengkor. Bunyi kuat macam kuda. Makan roti bakar di White House. Pergi majlis nikah dalam hujan lebat. Sempat pulak pergi Wakaf Che Yeh membeli belah. Si Awal dapat kasut baru di situ, beli di kedai bundle. Masa balik kami singgah makan ikan goreng tepong di Penarik, di tepi pantai Terengganu. Ini wajib! Lain kali, kalau ada trip ke Pantai Timur, lebih baik pergi ramai2. Tak rugi punya!

Majlis nikah dilangsungkan di masjid dalam hujan lebat. Selepas majlis nikah, kami ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan. Alhamdulillah, semua selamat. Moga2 jodoh berkekalan sehingga ke anak cucu. Siapa pulak akan kahwin selepas ni?

No comments: