Monday, December 15, 2008

Jom tayang gambar - jangan simpan aje!


SALAM PADA SEMUA! Ini dia blog yang dinanti-nantikan! Blog ini khas untuk ahli keluarga dan sanak saudara, jauh dan dekat, tua dan muda. Aku akan memuatkan berita dan gambar dalam blog ini sebagai koleksi untuk tatapan bersama. Oleh kerana kita menyimpan banyak gambar, elok masukkan ke dalam blog ini. Apabila dah ada dalam blog, semua boleh tengok. Daripada gambar dan cerita tersimpan dalam album, lebih baik simpan dalam blog. Semua boleh masuk, semua boleh tengok. Tak boleh lari lagi! Mulai sekarang, aku akan shoot banyak gambar. Kalau gambar elok, aku akan masukan dalam blog supaya boleh jadi bahan kenangan. Jangan buang masa, kalau ada gambar yang nak dimasukkan, pas pada aku supaya boleh masuk! Jangan tunggu lagi! Bak sini gambar tu! Hehehe! Kali ni kau orang semua siap! Tak boleh lari lagi. Gambar pertama ni diambik di rumah Tun M pada Hari Raya Puasa yang lepas. Lain kali ikut aku ke rumah dia, boleh kita ambik gambar ramai-ramai. Sekarang, bila Sara nampak gambar Tun M dalam paper atau TV, dia terus kata: "Doktor Mahadir!" So, apa lagi? Bak sini gambar tu!

3 comments:

Unknown said...

Satu tindakan yang bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan..Walau bagaimanapun perjumpaan keluarga, khususnya di BTS perlu diteruskan dan kita tidak hanya jumpa di blog sahaja...

Anonymous said...

Tak perlu ade diBTS aje. Boleh juga buat bergilir.Kata nak rapatkan silatulrahim keluarga.Betul tak??................DN

kongsi-kongsi said...

bagus-bagus! banyakkan komen! lagi banyak lagi meriah! elok guna nama sendiri. tak kiralah nama panjang ke, nama pendah ke, nama glamour ke. semua boleh! macam do re mi. apa lagi, jgn bunag masa. ini tempat untuk bercerita dan bertukar pendapat...jgn malu-malu!