NOMBOR SATU sekali kita semua mesti ingat - kalau Pak Andak bagi arah jalan, pastikan dia bagi arah yang betul dan tepat! Kalau tidak, siap! Nasib baik aku isi minyak penuh! Semalam, 21 Disember, kami ke Sg Petani ke majlis bertandang si Nurul. (Macam mana nama Nurul boleh jadi Un, aku tak tahu)!. Anyway, aku ke Sg Petani naik satu kereta dan si Chein satu kereta. Chein sampai dulu di Tol Sg Petani (Utara). Aku ikut dia, dan dia ikut arahjalan yang Pak Andak bagi. Jawabnya - sesat. Nasib baik dapat arahjalan yang lebih tepat. Akhirnya kami sampai juga. Pengantin diarak dengan motor kuasa besar ke rumah pengantin lelaki. Pengantin terus bersanding dan kami terus makan. Nasi minyak sedap, kari daging sedap, kerabu nangka sedap, ikan goreng sambal sedap. Penutupnya len chee kang ais. Itu pun sedap. Aku belasah semua. Lepas tu...giliran Ekhwan bawak balik kereta ke KL! hehe..Majlis meriah, macam di PJ juga. Ada karaoke. Aku tak jadi nyanyi kerana cuaca elok. Kalau nyanyi, semua orang sudah kerana hujan akan turun lebat. Aku hantar wakil aje nyanyi satu lagu.
Pesanan - lain kali kalau ada majlis kenduri kawin jauh- jauh, lebih seronok kalau lebih ramai saudara mara dapat hadir. Luangkan sedikit masa!
No comments:
Post a Comment