Monday, December 29, 2008

Tahlil untuk tiga beranak - Al-Fatihah













TAK RAMAI DATANG KENDURI TAHLIL MALAM TADI. Jemputan dah dibuat awal tapi tak semua dapat hadir. Mungkin masing-masing ada hal. Mungkin lain kali elok bagi tau awal kalau tak boleh datang supaya tak membazir. Pak Imam masjid datang dalam 9.30pm untuk baca doa. Kita buat tahlil untuk tiga beranak sekali - arwah Pak Cik Jamal, Maktam dan Mamat. Makanan banyak disediakan oleh Hamdan, June dan Wati anak beranak. Ada sambal tempoyak, ada sambal belacan, ada ulam. Aku tala semua! Sambal belacannya boleh tahan pedas. Aku balik kira-kira pukul 11pm tapi yang lain balik lewat juga. Masing-masing balik bawa bungkusan lauk.

Kita jangan pandang ringan kenduri saudara mara. Kalau tak dapat dielakkan, takpa. Kalau tak boleh datang, bagitau pada tuan rumah. Aku pun pernah juga dijemput dan tak dapat hadir. Kita semua ada tugas dan tanggongjawab. Kena pandai bagi-bagikan masa. Ini hari dia, besok lusa mungkin hari kita pula. Dalam gambar2 ni, kita lihat betapa mesranya saudara mara bila berkumpul. Tentu banyak cerita, tentu banyak berita. Alangkah eloknya kalau kita semua boleh bersama sepanjang masa? Bukankah itu tuntutan agama, iaitu memanjang dan mengeratkan silaturrahim?


PESANAN - elok datang kenduri, makan free, tambah rezeki, lagipun besok cuti.

Sunday, December 28, 2008

Kasut baru, bag baru, sekolah baru...


TAK SABAR NAK KE SEKOLAH BARU! Tahun depan Sara pindah dari nurseri ke kindergaten Smart Reader. Tak jauh dari dari rumah. Few days ago dia pergi beli bag dan kasut sekolah. Bila balik, terus tayang...harap2 bila bersekolah nanti, boleh belajar dengan tekun.

Pak Mertua Apau masuk hospital Melaka


SEMALAM aku dan Ekhwan ke Hospital Melaka melawat bapa mertua Apau yg masuk hospital. Dia pitam ketika sembahyang Jumaat dan jatuh bila masuk rakaat kedua. Dia dibawa ke hospital dan ditahan di wad. Sekarang dia berada di Wad 3 Aras 3 di hospital tu. Minggu lepas aku sempat jumpa dia di kebun di Behrang apabila Apau dan Ina bawa keluarge mereka untuk piknik di sana. Kalau sesiapa nak tahu perkembangan terbaru, harap call Apau (019-317-9758).
PESANAN - jaga warna emas kita. Tiada mereka tiada kita.

Maklumat - 1 Mei 09 kita ke Port Dickson!





INGAT TARIKH INI - 1 Mei, 2009. Kalau tak ada aral melintang, semua ahli keluarga TSR akan berkumpul di Sri Pena, Port Dickson, untuk Hari Keluarga kita. Kita dah lama tak kumpul. Jadi elok kita buat program untuk jumpa-jumpa. 1 Mei tu hari Jumaat. Kali ni kita buat di luar KL pulak, sambil makan angin sambil eratkan silaturrahim. Sri Pena ni pusat latihan NSTP. Ada 18 bilik dua tingkat. Ada kolam renang, ada kafeteria, ada TV, lokasinya tepi pantai. Tempatnya di Telok Kemang. AJK induk famili TSR bermesyuarat di rumah Kak Yong di Ulu Klang semalam untuk membincangkan program ni. InsyaAllah, kita ke sana kalau tempat itu tak dipakai oleh orang lain. Aku selalu ke sana semasa kerja dgn NST dulu. Tempatnya menarik untuk famili. Sri Pena macam hotel atau apartment. Setiap apartment ada 2 bilik, satu hall, bilik air, balkoni. Setiap bilik boleh muat 4 atau 5 orang dengan selesa. Siap aircon lagi! Dalam hall pun boleh muat kurang2 5 atau 6 orang lagi. Kita cadang tidor sana 2 malam. Check in Jumaat (selepas 3 PTG) dan check out Ahad petang. Setiap apartment kena bayar RM100 untuk satu malam. Murah beb! Mana dapat tempat dalam dunia Malaya ni yang hanya bayar RM100 untuk 1 malam. Kalau kongsi-kongsi 10 orang, baru RM10 seorang! Dua keluarga kecik boleh masuk 1 apartment. Kita cadang buat tahlil dan kenduri arwah, ada temasya sukan kanak-kanak, ada lucky draw (tiket penerbangan ke bulan), ada BBQ, ada karaoke. Oleh kerana kita semua tidor setempat, kita boleh berkenalan dengan lebih rapat. Aku rasa elok kita semua pergi. Aku dah bagi tarikh awal-awal lagi, jadi cuba jgn mengelakkan diri. Kalau dah betul2 terpaksa, apa boleh buat, kita hanya merancang...Ada banyak tarikan lagi pada perjumpaan tu, tapi nanti aku bagitau lagi. Setakat ni, aku nak tahu berapa ramai yang boleh pergi. Tolong jawab dalam blog ni atau SMS pada 017-200-0021 atau SMS pada 019-200-0024 (dua-dua tu nombor aku da!). Cantik punya nombor kan? See the leg lah beb! Kalau ada soalan, boleh soal dalam blog ni atau hantar SMS pada kedua-dua nombor tu. Nak talipon pun ok, tak ada hal punya. Tapi kadang2 aku tak jawab call kalau kat meeting. Jadi, senang SMS. Sebagai penutup, tolong bagitau sedara mara kita jauh dan dekat. JOM PD!

Friday, December 26, 2008

Jemputan kenduri tahlil arwah Maktam


INI JEMPUTAN DAN PERINGATAN. Harap anda sekelian dapat hadir ke rumah arwah Maktam di Ampang Ahad ini (28 Disember) untuk kenduri tahlil. Majlis tahlil 100 hari sepatutnya dibuat pada 14 Dis tetapi ini clash dengan tarikh nikah si Un, anak makcik Kama, di PJ. Jadi, majlis kenduri arwah ditunda pada hari Ahad ini. Tolong maklumkan pada saudara mara yang lain. Para jemputan digalak membawa juadah untuk bersama-sama membantu Hamdan. Menurut Hamdan, June akan menyediakan dag8ng masak asam pedas dan sayor campur, ikan goreng dan sambal belacan. Kalau ada sesiapa yang lain nak bawa makanan, silakan. Bacaan doa dibuat selepas isya' tetapi sesiapa yang boleh datang awal, lagi elok. Jumpa di sana.

Thursday, December 25, 2008

Kejam celik, rupanya dah 32 tahun kawin!


SELAMAT PENGANTIN LAMA! Ini bukan ucapan jenaka. Ini sebenarnya ucapan yang ditujukan kepada mereka yang dah betul2 lama berumah tangga. Macam aku dan Kak Cik. Berapa lama da? 32 tahun beb! Hari ni bergelar atok dan nenek (yg si nenek pakai gelaran glamour, itu fasal Sara panggil dia emma, short for grandma!). Tak mau kalah! Cerita kahwin dulu2 pun banyak juga kisahnya! Sehari sebelum nikah aku pinjamkan duit hantaran pada seorang kawan yg betul2 terdesak. Dia janji nak bagi balik pada keesokan harinya. Aku bagi dia duit tunai yang baru ditukar kat bank. Bagi hari Jumaat, janji bagi balik hari Sabtu. Hari Sabtu nak pergi nikah. Nikah di Kg Baru, buat malam. Pagi Sabtu kawan aku timbul tapi duit tak timbul! Sepanjang hari cari kawan2 lain nak kumpulkan duit hantaran. Sebelah petang baru dapat, Tapi duit semua duit lama. Dah berkedut. Apa boleh buat. Malam tu pergi nikah bawa duit hantaran yang kerepot tarok dalam album. Semua orang geleng kepala. Majlis bersanding di Kg Baru semua ok. Majlis bertandang di Sg Buloh penuh dengan para jemputan. Bila kumpul duit hadiah yang jemputan bagi, dan selepas bayar hutang kenduri, ada baki lebih kurang RM300 kalau tak silap. Arwah Abah kata dia nak pakai duit tu untuk beli motor second hand. Motor tu Apau pakai untuk mula kerja dengan TNB. Banyak cerita. Selepas kenduri kendara, aku ke Kg Baru. Duit habis. Nasib baik arwah Opah ada. Dia bagi RM50! Syukur Alhamdulillah, semua kisah-kisah pahit tu dah berlalu. Hari ini, keadaan berbeza, kisah berbeza. Langit tidak sentiasa cerah, dan awan mendong berlalu juga akhirnya. Ramai yang bergembira pada hari majlis sudah tiada lagi bersama kita. Kenangan bersama masih kuat, menjadi memori yang tak ternilai harganya. Al-Fatihah untuk mereka.


PESANAN - Kalau ada sesapa nak belanja, bagitau awal...

Wednesday, December 24, 2008

Al-Fatihah untuk bapa mertua Pak Anjang

INNALILLAH I WAINNALILLAH I ROJ'IUN. Bapa mertua Man, Pak Anjang, adik makcik Kama, meninggal dunia pada 21 Disember '08. Allahyarham, Sabisih bin Ahmad, berusia 58 tahun 6 bulan. Allahyarham meninggal pada pukul 10.55 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya di PJ. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidah binti Abdul Hamid, 53 tahun, 3 orang anak (satu perempuan dan dua lelaki) dan 5 orang cucu. Allahyarham berada di PPUM selama 21 hari, dan 14 hari dari itu dalam koma. Moga2 roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Monday, December 22, 2008

Mcm mana nak besarkan gambar? Mudah!






Macam mana nak tengok gambar-gambar ni? Kecik sangat? Saiz macam stamp aje! Lebih baik tak payah tarok. Tak puas! Mungkin ada yang berfikiran macam tu! Sebenarnya nak susah. Bila gambar2 tu keluar, click pada gambar tu. Tiba2 ada magic! Gambar tu terus jadi besar! Lepas tu boleh tatap puas-puas! Cuba buat dengan gambar2 kat atas ni...selamat mencuba!

Wang tunai tunggu anak buah dapat A


AKU ADA BUAT JANJI DULU. Kalau ada anak-anak buah yg dapat A dalam peperiksaan, mereka dapat hadiah wang tunai. Kalau periksa UPSR, hadiahnya RM50 untuk 1 A. PMR RM75 bagi satu A. SPM pulak dapat RM100 satu A. Ahad lepas aku bagi Andi RM100 kerana dapat 2 A dalam periksa UPSR. Ini tak pa lagi! Tahun lepas aku habis lagi banyak bila Azmi anak Hamdan dapat 8 A dalam peperiksaan PMR. Adoi! Ini satu insentif untuk mereka belajar. Jadi, kalau ada sesiapa yg nak dapat wang tunai, pastikan dapat A dalam periksa. Kalau dapat masuk universiti, aku bantu dapatkan biasiswa. Kalau universiti luar negeri, aku bayar tambang kapalterbang! Amacam, boleh? Mesti cuba. Belum cuba belum tahu!
PESANAN - kita doa kuat2. Kalau jadi millionaire, kita boleh bagi lagi banyak galakan.

Nasib baik ada ikan dari Semenyih...























DEKAT TIGA BULAN tak ke Behrang. Last pergi untuk bakar lemang dalam bulan puasa. Dua tiga bulan yang lepas ni, tiba2 keadaan jadi sibuk. Langsung tak ke Behrang. Nak check perigi pun tak sempat. Chein ada beli tikar getah tapi belum bentang lagi. Tanah pun dah naik semak tapi nasib baik si Am bawak org2 dia dan potong rumput semalam. Apau pula buat piknik di sana semalam (21 Dis). Ada ikan bakar dan nasi lemak. Ada kueh seri muka. Aku belasah semua. Aku bawa Ekhwan dan 2 orang anak Hamdan. Apau kata nak keringkan kolam pakai pam. Dalam hati aku kata, eloklah. Kalau ada ikan kita merasa. Kalau tak ada ikan, ikan makan yang dah ada. Nasib baik ada ikan cencaru dari Semenyih! Kalau tidak...! Anyway, aku bawa Ekhwan dan anak2 Hamdan ke Chanai untuk mandi. Memang best tempat tu. Airnya jernih dan sejuk. Memang sesuai utk relax. Kebetulan, masa pergi tu tempat tu lengangag. Tak ada orang. Aku balik ke KL kira-kira 430pm. Giliran ekhwan pulak bawa kereta Range Rover tu. Hari hujan dan kami beli tapai di Behrang Stesen dan mimum teh di Kawasan Rehat Ulu Bernam. Budak2 tu belasah nasi lemak kukus satu round lagi! Kemudian terserampak dengan si Man adik Makcik Kama yg balik dari Sg Petani dari majlis bertandang si Un. Jumpa lagi di Behrang!
PESANAN - jangan lupa datang lagi pada musim buah tahun depan!

Majlis bertandang si Khairi di Kemaman
































BANYAK GAMBAR2 yg dalam simpanan tak dikongsi ramai. Umpamanya, gambar semasa majlis bertandang anak Ani di Kemaman. Majlis ni dibuat sehari sebelum majlis bertunang si Ain di Equine. Aku anak beranak ke Kemaman untuk majlis bertandang si Khairi dan balik KL pada hari esoknya. Semasa di Kemaman, kami sempat juga minum di kedai Hai Peng, kopitiam yg paling popular di pantai timur. Majlis macam ni biasanya meriah dan dapat menyumbang kepada silaturrahim yg berpanjangan. Kalau boleh, elok pergi ramai-ramai. Kalau tak ada budget, bincang2. Mesti ada cara semua ahli keluarga boleh turut serta. Sebelum balik ke KL pada hari Ahad, kami ramai-ramai makan otak-otak dan satar di Kuala Kemaman di ke kedai Aziz Satar. Lain kali, kalau ada sesiapa yang menuju ke sana, cuba-cubalah luangkan masa untuk mencuba. Dijamin puas Pak!

Pesanan - jangan lupa bawak cukup duit bila makan otak2 dan satar. Tak mahal, tapi bila dah makan banyak, boleh tahan juga...