Sunday, July 4, 2010

Majlis kahwin anak Maznah di Sg Choh

































SALAM! Kenduri kahwin di kampong memang jauh lebih meriah dari bandar. Harini (4 Julai) aku ke Sg Choh untuk majlis persandingan cucu Boss, arwah Pakcik Latip. Hafis, anak sulong si Maznah kahwin dengan orang Pahang. Majlis diadakan di perkarangan rumah Boss. Makcik Sham, isteri Boss, menyambut kami dengan tenang. Lama betul tak jumpa. Kira-kira 3 bulan dulu, Makcik Sham kehilangan seorang lagi anaknya, si Salleh. Sebelum ni, dia kehilangan si Yoi.

Ramai juga yang datang ke majlis hari ni. Ada yang dah lama juga yang tak jumpa. Jamuan nasi puteh dan nasi minyak. Ada rendang, ada sambal ikan bilis petai, ada botok (masakan khas orang Sg Choh, macam pais). Untuk mencuci mulut, ada tapai, cendol dan bubur kacang. Menarik. Majlis diserikan dengan paluan kompang Kampong Tanjung. Bagus mainan mereka. Budak2 kampong juga ada yang bersilat menyambut pengantin. Ada sedikit hujan sebelum majlis dan ini menjadikan kawasan lecak sikit. Tengoklah sendiri gambar2 yang sempat dirakam.

Harap2, lebih ramai lagi saudara mara akan turun menyambut jemputan sanak saudara kita. Kita pun bukan selalu jumpa. Kadang2 musim hari raya pun tak nampak batang hidung. Kita selalu jumpa dengan jiran dan kawan2 sepejabat, tetapi saudara mara rapat jangan pula tak di jengok. Jiran dan rakan sepejabat kita jumpa setiap hari. Saudara mara macam mana?

6 comments:

TokAyah said...

Salam Dato' Yeop..
Frust juga bila tak dapat nak tengok gambar masa kt kenduri ini..
rupanya kat Google baru dapat..kat yahoo..hampeh.

Those are great shots . love the compo ans senario..

Menarik jugak blog ni...
kalau nak kongsi maklumat bole ke?
ada yang gambo2 keluarga yg menarik bole dipaparkan..
Amacam?

TokAyah said...

Salam..

Jarang2 sekali kita lihat orang perempuan bersilat depan pengantin.
Agak teruja jugak bila tiba2 dapat tengok aksi ini..

tak sempat nak snap ..sbb kamera buat ragam..masa tu.. Thank for the pic.. nak pinjam gambo bole tak.. nak posting kat forum photog teman.. hehehe..

masnizah_83 said...

yuhuuuuuuu.. timer kasih cik yob.....

TokAyah said...

kemana la pulak owner ni menghilang?

TokAyah said...

apasal msg tak masuk dalam komen2?

Anonymous said...

akum,saya hafis cucu cik nenek shamsiah,em dal lame cari blogni.barula dapat cari harini.saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab hadir ke majlis perkahwinan saya.banyak saudara mara yang saya xkenal lagi.cuma yang rapat n familiar je kenal.harap ada saudara mara yang dapat perkenalkan diri