Saturday, July 10, 2010

Aku masuk Gaza sekali lagi, insyaAllah...

SALAM! InsyaAllah, pagi Isnin ini saya akan memasuki Gaza melalui pintu sempadan Rafah. Saya bertolak ke Kaherah mlm ini (10 julai 2010) menaikki pesawat Egypt Air. Saya ke sana atas tiket Bulan Sabit Merah Malaysia, sebagai sukarelawan. Misi ini sudah beberapa ditanggoh kerana tidak dapat lampu hijau untuk masuk ke Gaza. Alhamdulillah, kami menerima lampu hijau minggu ini. Kali terakhir dapat lampu hijau ialah pagi tadi (Sabtu 10 julai). Jika berjaya masuk, ini ialah kali kedua saya menjejaki tanah Gaza. Kali pertama ialah pada Januari tahun lalu, beberapa hari selepas Israel berhenti menyerang Gaza dengan rakus dan kejam. InsyaAllah, kali ini akan berjaya sekali lagi. Harap semua dapat doakan kejayaan.

2 comments:

Ann said...

Doa dari kami sekeluarga mengiringi yob dan semua ahli rombongan. Selamat berangkat dan selamat kembali ke tanahair kelak. Jangan lupa untuk sentiasa update kami semasa berada di sana.

TokAyah said...

Salam..

Patut le senyap jer.. Ada di Timor Tengah le ni.. Best of Luck in your adventure.. post le gambo2 yg menarik kat sini..

kami doakan agar selamat pergi dan selamat kembali..