Friday, July 16, 2010
Kami dijanjikan masuk Gaza 16 Julai
SALAM! Baru dapat info terbaru - kami masuk Gaza besok (16 Julai) insyaAllah. Walaupun kami dah diberitahu akan masuk Gaza besok, ini belum lagi 100 peratus tepat. Kami hanya akan tahu apabila sampai di pekan Rafah di sempadan Egypt dan Gaza. Ramai orang tersekat kat situ, tak dapat masuk. Tahun lepas, aku tersadai kat situ 4 hari sebelum dapat masuk ke Gaza. Maam2 karenah yang tiba2 muncul di Rafah. Kami harap dapat masuk besok dan keluar pada 19 atau 20 julai. Pada awalnya, kami diberitahu akan masuk Gaza Isnin lepas iaitu 12 Julai. Kemudian dipindah kepada 18 Julai. Dan hari ni, tukar pulak pada 16 Julai. Aku muatkan beberapa keping gambar dari misi tahun lepas.
Gambar2 ini menunjukkan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Gaza. Sebahagian besar penduduk Gaza adalah orang Islam. Tetapi orang beragama Christian juga turut di aniaya. Aku sempat berjumpa dengan seorang paderi Christian yang disayangi semua orang, termasuk penduduk2 Islam tempatan. Tahun lepas, aku masuk Gaza dengan sukarelawan dari Yayasan Salam. Kami masuk seminggu selepas pengeboman di Gaza dihentikan. Masa itu, kami lihat kemusnahan merata-rata. Strawberry dan pisang kaki di Gaza adalah anara yang termanis di dunia. Ini bukan aku kata. Ini semua orang kata. Limau juga manis. Satu masa dulu kita impot limau yang guna brand Jafna. Ingat tak? Itu limau dari Israel. Sekarang kita tak impot lagi. Buah-buahan yag datang dari kawasan sini memang best.
Kami bersembahyang Jumaat di tengah satu kawasan lapang. Beratus orang berjemaah. Semangat mereka kuat. Ia patut menjadi satu inspirasi kepada kita - jika berjuang, harus gigih dan kuat semangat. Mesti berani dan jujur. Kanak2 tidak ada tempat untuk bermain. Jadi mereka bermain di mana saja, termasuk di kawasan yang sudah runtuh. Pada satu senja, kami berjumpa orang sedang mengerjakan solat maghrib di tepi jalan, di tempat mana masjid mereka pernah berada. Masjid sudah runtuh, tepai qiblatnya kekal.
Gambar paling atas ialah gambar aku di interview oleh seorang juruhebah buta di Radio Gaza. Dia mungkin buta tetapi hatinya celik dan hidup berbakti. Kita bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment