Thursday, July 29, 2010
Terus tulis atau tutup aje...?
SALAM! Aku nak minta pandangan semua orang. Patutkah aku terus menulis blog ini atau tutup aje? Menulis bukan masalah tetapi aku tak tahu ada orang baca atau tidak. Aku tak tahu samada apa yang ditulis ni ada orang suka atau tidak. Bila takda orang komen, itu bermakna takda orang baca. Aku tak mau menulis atas dasar syok sendiri. Kalau menulis untuk syok sendiri, lebih baik tulis diary dan simpan dalam laci aje. Jadi, jika ada sesiapa yang nak beri pandangan ikhlas, silakan. Blog ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim. Jika aku seorang saja yang sibuk nak mengeratkan silaturrahim, tak bermaknalah blog ini.
Friday, July 16, 2010
Kami dijanjikan masuk Gaza 16 Julai
SALAM! Baru dapat info terbaru - kami masuk Gaza besok (16 Julai) insyaAllah. Walaupun kami dah diberitahu akan masuk Gaza besok, ini belum lagi 100 peratus tepat. Kami hanya akan tahu apabila sampai di pekan Rafah di sempadan Egypt dan Gaza. Ramai orang tersekat kat situ, tak dapat masuk. Tahun lepas, aku tersadai kat situ 4 hari sebelum dapat masuk ke Gaza. Maam2 karenah yang tiba2 muncul di Rafah. Kami harap dapat masuk besok dan keluar pada 19 atau 20 julai. Pada awalnya, kami diberitahu akan masuk Gaza Isnin lepas iaitu 12 Julai. Kemudian dipindah kepada 18 Julai. Dan hari ni, tukar pulak pada 16 Julai. Aku muatkan beberapa keping gambar dari misi tahun lepas.
Gambar2 ini menunjukkan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Gaza. Sebahagian besar penduduk Gaza adalah orang Islam. Tetapi orang beragama Christian juga turut di aniaya. Aku sempat berjumpa dengan seorang paderi Christian yang disayangi semua orang, termasuk penduduk2 Islam tempatan. Tahun lepas, aku masuk Gaza dengan sukarelawan dari Yayasan Salam. Kami masuk seminggu selepas pengeboman di Gaza dihentikan. Masa itu, kami lihat kemusnahan merata-rata. Strawberry dan pisang kaki di Gaza adalah anara yang termanis di dunia. Ini bukan aku kata. Ini semua orang kata. Limau juga manis. Satu masa dulu kita impot limau yang guna brand Jafna. Ingat tak? Itu limau dari Israel. Sekarang kita tak impot lagi. Buah-buahan yag datang dari kawasan sini memang best.
Kami bersembahyang Jumaat di tengah satu kawasan lapang. Beratus orang berjemaah. Semangat mereka kuat. Ia patut menjadi satu inspirasi kepada kita - jika berjuang, harus gigih dan kuat semangat. Mesti berani dan jujur. Kanak2 tidak ada tempat untuk bermain. Jadi mereka bermain di mana saja, termasuk di kawasan yang sudah runtuh. Pada satu senja, kami berjumpa orang sedang mengerjakan solat maghrib di tepi jalan, di tempat mana masjid mereka pernah berada. Masjid sudah runtuh, tepai qiblatnya kekal.
Gambar paling atas ialah gambar aku di interview oleh seorang juruhebah buta di Radio Gaza. Dia mungkin buta tetapi hatinya celik dan hidup berbakti. Kita bagaimana?
Thursday, July 15, 2010
Alexandria yang mempersona...
SALAM! Semalam aku dan kawan2 sewa sebuah van besar dan pergi ke Alexandria. Perjalanan makan masa hampir 3 jam. Kami dengar banyak cerita tentang Alexandria dan mahu menengok sendiri kota yang mempunyai laut sebagai persisirannya. Tidak menghampakan!
Apabila sampai di situ, kami semua terpegun dengan kecantikan kota ini. Laut biru-hijaunya memukau. Kanak2 dan keluarga berkelah di tepi pantai, menggunakan tikar sebagai alas tempat duduk Ada juga yang membawa payung besar dan duduk berteduh di bawah payung yang berwarna warna itu. Kapal2 kecil pula berlabuh di sekitar kawasan itu, menjadikan pemandangannya sungguh menarik.
Beberapa orang anak muda pula mengail di tempat yang sama. Walaupun waktu ketika itu sudah pukul 12 tengahari, ia tidak pula panas. Dan tidak seperti di kebanyak pantai, kami tidak pula berpeluh. Not humid at all! Cakap pun tak guna, elok tengok aje gambar2 ini...
Kami makan di rumah Malaysia! Ya betul. Sda rumah Malaysia di Alexandria. Penuntut yang belajar di sini tinggal di asrama yang disediakan. Kami ke situ dan makan tengahari selepas mengerjakan solat zuhur di masjid tepi laut itu. Pemandangan dari tingkat masjid itu juga mempersonakan..
Sori kalau gambar tak gitu elok..hehe
Wednesday, July 14, 2010
Lawatan hospital Palestin; Dr M dipuji
SALAM! Saya kini berada di Kaherah, Egypt. Menarik tempat ni. Sibuk sentiasa. Kereta tak berhenti-henti entah kemana. Siang malam sama aje sibuknya. Kami tinggal di sebuah hotel kecil di sini sementara menunggu masuk ke Gaza. Sekarang sudah ada peraturan baru untuk masuk Gaza. Sebelum kami tiba di sini, kami diberitahu kami boleh masuk pada hari Isnin. Rupa2nya kebenaran ini tak boleh dipakai kerana sudah ada peraturan baru pulak! macam2 kerenah diorang bikin..
Apapun kami tak boleh buat apa2. kami cuma tunggu. Tadi kami melawat hospital Palestine di Kaherah. Hospital masih memerlukan bantuan dan berfungsi dengan budget yang tidak mencukupi. Pesakit di sini dirawat menggunakan alat2 tahun 80an. Hospital ini juga menjadi pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Kaherah. Apapun doktor2 yang berkhidmat di sini menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Aku sempat bertanya khabar dengan doktor2 di situ. Mereka bekerja dengan gigih dan menjadikan Dr Mahathir sebagai simbol kegigihan mereka! Aku tak terkejut kerana aku selalu dengar orang luar memuji Dr M kita. Salah seorang doktor tu kata: "Kami perlukan orang macam Dr Mahathir untuk membantu. Dr Mahathir memang hero. Kami rasa kalau Dr Mahathir ada bersama kami, banyak masalah boleh selesai..."
Sapa tak kembang dengar cakap2 macam tu..hehe!
Ini sebahagian gambar2 yang sempat aku ambik kat hospital tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)