TIKET DAH ADA, DUIT DAH SIAP - insyaAllah malam ini aku berangkat ke Palestin. Penerbangan berlepas 2359, iaitu seminit sebelum pukul 12 malam. Kawan di Cairo dah dapat kelulusan masuk Gaza. Aku belum tahu lagi. Kalau nasib ada baik, aku akan masuk juga. Gaza dibedil meriam dan dibiom setiap hari selama hampir sebulan. Tapi sekarang ada gencatan senjata. Maknya, tak ada tembakan dan bedilan. Aku tak tahu apa yang menunggu di Gaza. Niat nak menolong mangsa keganasan. Tapi jangan lupa, kita juga kena tolong diri sendiri. Apapun, aku dah siap masuk barang dalam bag. Semasa packing tadi, si Chein datang kejap. Kawan2 kata nak tunggu kat KLIA. Elok juga tu, kita nak jalan jauh. Seronok juga kalau sekali sekala ada yang menghantar. Ada benda-benda lagi yang nak dibeli. Setokin, nak tukar duit, anak kunci, bateri spare...sorang2 pack barang ni mudah sikit. Tak bising. Hari ni tadi tak sempat makan.Ingat nak makan kepala ikan Anuar kat TMC tapi dah tergesa-gesa langsung tak sempat. Tapi tak jadi hal, hari tu aku makan kat gerai dia. Dia tahu aku nak pergi Palestin. Terus tak mau ambil duit. Makan free. Kadang2 makan kat luar ni muak...Anyway, mungkin ini posting terakhir sebelum sampai ke Palestin. Kalau ada rezeki dan jika umur panjang, kita tambah posting baru. Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa, terlanjur kata. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali! Salam
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Selamat berangkat ke bumi Palestine dan kami iringi doa agar semuanya selamat. Insyaallah,bila balik nanti boleh kita rai bersama makan kari kepala ikan Anuar di Bangsar...Kami pun dah lama tak makan kat sana..
semoga uncle yob selamat pergi n selamat kembali..
I'm counting days to have u back home ba..I really miss you..
-CHA-
Post a Comment