ASSALAMUALAIKUM! Mari kita berehat sekejap. Semalam (Sabtu 19 Jan) dan hari ini, aku sekeluarga berkumpul di rumah Kedah di Taman Equine. Kami semua cemas semalam apabila Encik (Bonda) sakit dan tidak boleh berjalan. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Namun, dalam umurnya yang masuk 86 tahun, kita semua patut selalu berdamping dengan dia untuk memenuhi apa juga hajatnya. InsyaAllah, kami adik beradik boleh memberi cukup perhatian kepadanya.
Aku mahu berkongsi gambar2 yang dirakam semasa kami bercuti di Langkawi. Kami ke sana untuk beberapa hari bermula 23 Dis. Naik Air Asia selepas dapat tambang murah. Satu kumpulan berlepas pagi 23 Dis. Aku dan anak2 arwah Mamat pergi penerbangan malam. Kami tinggal di Berjaya Resort, di villa atas laut. Kami pakai satu villa besar dan dua chalet kecil. Semuanya atas laut! Muat untuk 22 orang.
Kami diberi kemudahan 2 van untuk ke sana ke mari. Apa lagi, puak2 yang datang dengan dompet yang penuh bershopping bagai nak rak! Beli apa? Beli cokelat aje. Ada juga yang beli hadiah...Aku beli garfu dan sudu. Jangan tanya macam mana aku boleh beli sudu dan garfu pulak, tapi itulah yang aku beli. Kami sempat makan di Laksa Kaw yang dikelolakan oleh kawan aku. Beliau ialah Capt Mat, bekas Komando. Kami juga makan di Kalut, satu-satunya restoran di Langkawi yang menyediakan masakan panas. Di kedai itu, kita pilih ikan yang nak makan. Tukang masak terus masak kejap tu juga dan hidang lauk panas2 lagi. Tak terkira sedapnya.
Oh ya, setiap hati sarapan pagi disediakan di villa besar yang dihidang oleh butler khas untuk kami. VVIP betul!
Pada hari ke dua kami buat doa selamat dan tahlil untuk arwah2. Banyak kenangan manis ahli keluarga di Pulau langkawi. jika difikir dan dikenang, boleh menitis air mata. InsyaAllah tahun depan, lebih ramai ahli keluarga dapat bercuti di Langkawi dengan beberapa aktiviti tambahan. Pada 2 hari berturut-turut, remaja dalam kumpulan ini main jetski. Tiga jetski untuk satu jam setengah setiap satu. Kopak juga dibuatnya.
Apapun, cerita aje tak cukup. Lihatlah gambar2 yang sempat dirakam ini. Jangan marah atau jealous! Tahun depan boleh join. Tapi kenalah ikut syarat2 yang ditetapkan. Tak susah, cuma perlu jaga silaturrahim sesama keluarga.
Monday, January 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment