Monday, January 21, 2013

Jom ke Langkawi lagi hujung tahun ni!

ASSALAMUALAIKUM! Mari kita berehat sekejap. Semalam (Sabtu 19 Jan) dan hari ini, aku sekeluarga berkumpul di rumah Kedah di Taman Equine. Kami semua cemas semalam apabila Encik (Bonda) sakit dan tidak boleh berjalan. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Namun, dalam umurnya yang masuk 86 tahun, kita semua patut selalu berdamping dengan dia untuk memenuhi apa juga hajatnya. InsyaAllah, kami adik beradik boleh memberi cukup perhatian kepadanya.

Aku mahu berkongsi gambar2 yang dirakam semasa kami bercuti di Langkawi. Kami ke sana untuk beberapa hari bermula 23 Dis. Naik Air Asia selepas dapat tambang murah. Satu kumpulan berlepas pagi 23 Dis. Aku dan anak2 arwah Mamat pergi penerbangan malam. Kami tinggal di Berjaya Resort, di villa atas laut. Kami pakai satu villa besar dan dua chalet kecil. Semuanya atas laut! Muat untuk 22 orang.


Kami diberi kemudahan 2 van untuk ke sana ke mari. Apa lagi, puak2 yang datang dengan dompet yang penuh bershopping bagai nak rak! Beli apa? Beli cokelat aje. Ada juga yang beli hadiah...Aku beli garfu dan sudu. Jangan tanya macam mana aku boleh beli sudu dan garfu pulak, tapi itulah yang aku beli. Kami sempat makan di Laksa Kaw yang dikelolakan oleh kawan aku. Beliau ialah Capt Mat, bekas Komando. Kami juga makan di Kalut, satu-satunya restoran di Langkawi yang menyediakan masakan panas. Di kedai itu, kita pilih ikan yang nak makan. Tukang masak terus masak kejap tu juga dan hidang lauk panas2 lagi. Tak terkira sedapnya.

Oh ya, setiap hati sarapan pagi disediakan di villa besar yang dihidang oleh butler khas untuk kami. VVIP betul!

Pada hari ke dua kami buat doa selamat dan tahlil untuk arwah2. Banyak kenangan manis ahli keluarga di Pulau langkawi. jika difikir dan dikenang, boleh menitis air mata. InsyaAllah tahun depan, lebih ramai ahli keluarga dapat bercuti di Langkawi dengan beberapa aktiviti tambahan. Pada 2 hari berturut-turut, remaja dalam kumpulan ini main jetski. Tiga jetski untuk satu jam setengah setiap satu. Kopak juga dibuatnya.

Apapun, cerita aje tak cukup. Lihatlah gambar2 yang sempat dirakam ini. Jangan marah atau jealous! Tahun depan boleh join. Tapi kenalah ikut syarat2 yang ditetapkan. Tak susah, cuma perlu jaga silaturrahim sesama keluarga.







Friday, January 18, 2013



ASSALAMUALAIKUM! Selamat pagi semua. Hari ini cuma mau bagi sedikit maklumat terbaru. Bonda saya uzur dan berada di rumah adik saya di Sri Kembangan. Kami adik beradik dapat panggilan dari Kedah tengahari semalam dan bergegas ke rumahnya di flat Taman Equine. Bonda saya dah masuk 86 tahun usianya. Maka bagi orang yang berumur macam tu, dia mula hilang ingatan dan badan2 pun agak lemah. Dia tak boleh berdiri dengan sendiri dan perlu dipapah untuk ke bilik atau ke ruang tamu. Kepada semua saudara mara, saya mohon bantuan agar kita sama2 doakan Bonda saya dipelihara Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik. Bagi sesiapa yang ingin menalipon Kedah untuk mendapat maklumat tambahan, nombornya ialah 0196934582. tq

Wednesday, January 16, 2013

Kongsi-kongsi kembali aktif...!

ASSALAMUALAIKUM, salam sejahtera dan selamat pagi. Aku mulakan tulisan ini dengan ucapan mohon ampun dan maaf. Ampun dan maaf kerana tidak menulis sebarang catatan baru dalam blog ini. Ianya satu kerugian. Banyak sangat bingkisan yang tercicir begitu saja. Banyak juga sebab-musabab mengapa blog ini tinggal tanpa dibelai dengan kisah2 keluarga dari masa ke masa.

Namun, blog ini mahu kembali berkhidmat demi silaturrahim keluarga dan siapa saja yang sanggup membukanya. Sudah banyak pembaharuan teknikal yang dimuat oleh Blogspot. Aku pula bukan orang yang mahir dengan selok-belok ini. Tetapi, aku akan terus mencuba agar blog ini akan dapat terus bersuara dari masa ke masa dengan paparan2 yang aku harap dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aku tahu bawa Facebook begitu mudah untuk dibaca. Blog ini ialah sebagai tambahan kepada apa yang terkandung dalam blog.

InsyaAllah blog ini akan terus hidup selagi hayat dikandung badan.

Keterangan gambar/caption:

Gambar atas dirakam di lapangan terbang Langkawi pada 26 Dis. 2012 semasa cuti keluarga di pulau legenda itu.

Gambar bawah dirakam di lapangan terbang Mogadishu, Somalia. Aku sempat ke sana dalam misi bantuan ke negara Islam yang tidak kenal erti keamanan sejak 20 tahun lalu atas sebab2 perbalahan politik.