Thursday, January 26, 2012

Happy birthday Sophia, Sara, Hamdan















ASSALAMUALAIKUM semua! Baru-baru ni aku buat makan-makan di restoran seorang kawan di Subang Jaya. Kelantan Delights nama restoran tu. Ia dipunyai oleh bekas wartawan NST Hj Juhaidi Yean Abdullah bersama rakan kongsinya, Sabri. Jamuan tu dibuat sempana birthday Sophia dan Sara Nor. Juga sempena birthday Hamdan tapi dia tak dapat hadir kerana kerja. Aku nak mencadangkan kita buat joint birthday celebrations pada setiap bulan. Boleh dibuat di rumah atau di mana saja yang difikirkan sesuai.

Kelantan Delights ni mahal sikit tapi kita boleh dapat discount. dan kalau kita order makanan lebih awal, kita boleh dapat makanan dihidangkan awal. Tak payah tunggu lama-lama. Ini sebahagian dari gambar yang sempat dirakam pada malam tu.

Tuesday, January 24, 2012

Jom ramai2 ke Bali

















ASSALAMUALAIKUM semua! Aku baru balik dari Bali. Pergi bercuti. Ada jemputan dari kawan untuk ke sana. Aku cuma bayar tambang kapal terbang saja. Aku ke sana dengan Air Asia. Penerbangan makan masa dua jam setengah, lebih kurang.

Tak sangka jemputan ini menarik sekali. Aku dipelawa duduk di Jimbaran di Bali. Jimaran terkenal dengan makanan laut yang seday dan berpatutan harga. Aku tinddal di sebuah villa dua tingakt dua bilik, satu di atas satu lagi di bawah. Siap dengan kolam renang sekali! Orang Bali ni sangat kreatif. Lebih 90 peratus penduduk Bali ialah orang Indonesia beragama Hindu. Aku di sana selama 5 hari 4 malam, bermula dari 16 Januari. Tiga malam tidor di Jimbaran dan satu malam tido di Seminyak, pusat shopping yang sangat popular di kalangan pelancong.

Lihat gambar2 yang sempat aku rakam termasuk gambar villa yang aku tinggal, pemandangan di sekitar Bali. Orang Bali tanam padi di tepi jalan dan di mana juga ada tanah kosong. Menarik dan cantik. Aku juga sempat menonton tarian Barong di situ.

Sunday, January 22, 2012

Lias anak Pak Andak terima menantu













ASSALAMUALAIKUM semua. November, Disember dan Januari biasanya musim kahwin. Pada 7 Jan 2011. si Lias anak Pak Andak di Sg Merab, buat majlis langsung anak lelakinya. Ramai sanak saudara dan kawan dan jiran hadir. Aku dan keluarga pun pergi juga. Lias dah jemput awal lagi, so senang buat rancangan. Di majlis itu, aku sempat jumpa bekas YB Badrul, yang satu ketika dulu bertugas sebagai wartawan di Utusan. Lihat gambar2 yang sempat aku ambik di majlis tu yang dibuat di rumah Pak Andak di Sg Merab. Di majlis tu terbongkar satu rahsia - rupa-rupanya daging masak gulai kawah tu dimasak oleh si Man, adik Lias. Jadi, jika ada sesiapa yang nak cari tukang masak majlis kenduri kendara, bolehlah contact si Man...

Selamat Hari Jadi Mak Datin!




Assalamualaikum semua! Happy Birthday Norsimah! Mak Datin celebrate ulangtahun hari jadi. Ini gambar di rakam sekitar April 2011 di rumah Mak Datin di BTS. Anak2 dan beberapa saudara mara terdekat berkumpul untuk sikit majlis makan-makan. Simple tetapi bermakna. sekali sekala bila berjumpa dengan saudara mara memang elok. Lain kali ada sesiapa sambut birthday, bagilah tahu. Boleh kita serang habis-habisan! kita buat simple simple aje. Kita baca doa selamat, dan makan. Tak banyak cerita.

Oh ya, ini sambutan birthday Mak Datin yang ke 43...(berapa banyak hali 43 daaa....?)

Friday, January 13, 2012

Kasih sayang biar berpanjangan




ASSALAMUALAIKUM! Tahun lepas (2011) aku adek beradek buat kenduri kesyukuran sempena ulangtahun hari jadi Encik. Mengikut kad pengenalannya, Encik berusia 84 tahun. Banyak gambar dirakam pada hari kenduri itu. Bermacam pos istimewa dapat diabadikan. Dalam posting ini, lihat gambar Encik dan menantunya. Begitu mesra mereka dalam gambar2 ini. Aku tak tahu siapa yang buat jenaka, tapi mereka nampak girang. Gambar2 ini dirakam di verandah rumah aku di Bandar Tasek Selatan, Cheras. Banyak lagi gambar2 yang dirakam, tetapi itu untuk posting besok...tungguuu!!

Thursday, January 12, 2012

Moga2 tahun 2012 membawa berkat



Assalamualaikum semua! Kita berada di tahun baru, tahun 2012. Moga2 tahun ini membawa keberkatan dunia akhirat. Tidak ada azam baru bagi aku. Setelah melalui hidup selama 60 tahun, azam baru tak bermakna jika tidak diturut dengan disiplin yang kuat. Azam takda, tapi usaha ada. Ia bermula dengan posting baru malam ini. Aku baru keluar hospital setelah menjalani ujian jantung. Doktor jantung kata jantung ada baik tapi kena jaga makan. Elakkan lemak dan gula sambil kembali semula buat senaman. Oklah tu. Itu satu nasihat yang baik. Aku akan cuba patuh.

Selamat menjalani tahun 2012, semoga semua berjaya dalam apa jua kerjaya yang ada. Satu ingatan pada semua: pegang tali Allah sekuat-kuatnya, insyaAllah selamat dunia akhirat!