Saturday, December 25, 2010
Slim River ada airport!
SALAM! Tahukah anda semua bahawa di Slim River ada airport? Ini bukan soalan trick. Ini soalan betul. Yob ada dengar yang Slim River ni ada satu airport kecik. Yob pernah dengar cerita ni lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu. Rupa-rupanya betul. Kawasan airport ni kawasan larangan. Kawasannya lebih kurang 200 ekar. Ini projek usaha sama antara Yayasan Selangor dengan dua individu tempatan. Yob sempat ke sana hari Khamis lepas untuk memancing. Kami dapat 2 ekor toman (tiap2 seekor lebih kurang 2kg), dan lebih kurang 10 ekor haruan. Berbaloi. Pakai umpan katak. Tempat airport tu ada chalet yang boleh disewa. Swimming pool pun ada! Dan ada dusun durian dan rambutan. Menarik betul. Lihat gambar2 yang dimuatkan di sini. Ada dua buah kapalterbang kecik diletak kat situ. Kalau ada sesiapa yang berminat nak belajar bawa kapalterbang, inilah tempatnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ini sudah bagus...
leh g sane blajar nii..
kene try gak..
Takde update lagi?
Salam Yob,
Lama tak update blog..
Salam,
Lama tak update blog..apa cerita??
Post a Comment