Saturday, December 11, 2010

Tahlil Allahyarhamah Makcik Kama
















SALAM! Baru2 ni keluarga Allahyarham Makcik Kama buat kenduri arwah di PJ. Aku sempat ke sana. Majlis dibuat selepas zohor dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Adik beradik arwah semuanya hadir. Kami dihidangkan dengan ikan keli sambal dan macam2 lagi. Aku tak lama di situ tetapi sempat ambik gambar2 ini. Ramai juga saudara mara yang hadir, menjadikan majlis itu mesra dan bermakna. Kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk hadir di majlis2 seperti ini kerana ialah salah satu cara untuk kita mengeratkan hubungan sambil bertanya khabar. Hari ini, kita semua sibuk dengan hal2 masing2 samada bekerja, berniaga, urusan keluarga dan macam2 hal lain. Maka kalau kita dapat meluangkan sedikit masa untuk hadir ke majlis kenduri kendara, itu pun dah cukup. Kecuali kalau benar2 tak dapat dielakkan..

No comments: