Sunday, December 12, 2010

KT - macam mana tak terpikat dengannya!































SALAM! Baru2 ni aku ke Terengganu. Lebih kurang 3 hari di situ. Tugas, bukan cuti. Aku ke sana dengan anak2 buah pejabat sempena Monsoon Cup. Berita Harian pula diberi kepercayaan untuk susun aturcara memancing. Jadi aku kenalah turun padang!

Aku tinggal di Riyaz, hotel nombor 1 di Terengganu! Aku duduk di Teratak Gelombang Biru, sebuah bilik hotel yang berkonsepkan banglo. Memang best. Ruang tidor di atas, termasuk bilik air dan verandah. Di sebelah bawah pulak ialah ruang tamu, dapur, bilik air kecil, dan verandah. Jadi banglo ni ada 2 verandah.

Aku terbang ke sana sementara si Shukri bawa kereta Range Rover setia tu. Aku sempat pergi ke Tasik Kenyir untuk cuba nasib memancing sebarau. Kata kawan2, sebarau mengganas di musim hujan di situ. Kami tak dapat seekor ikan pun semasa memancing tetapi dihadiahkan seekor sebarau dan patin. Kami bawa patin dan sebarau tu ke Warung Pak Maidin untuk bakar dan masa tiga pedas. Wow! Pada hari tu KT hujan tek henti-henti. Bayangkan makan dengan perut kosong ketika hujan lebat yang menyebabkan semua orang lapar!

Aku sempat pergi ronda-ronda di kawasan Monsoon Cup dipertandingkan. Macam2 ada. Begitu juga dengan pertandingan memancing yang berlangsung di Pulau Warisan. Hampir 1600 orang mengambil bahagian dengan bayaran $80 satu joran. Hadiah pertam dimenangi pengail dari Kelantan yang bawa balik $30,000 tunai. Ingat ye! $30,000 bukan $3,000! Untuk memeriahkan lagi suasasa memancing, kami bawa dua pancaragan ke situ: satu band keroncong dan Kota Tinggi dan satu band pop yeh yeh dari Dungun. Memukau!

Lihat gambar2 ini yang dirakam sepanjang aku di KT. Suasana sepanjang Monsoon Cup memang hebat dan seronok. Macam mana tak terpikat kat situ...!

1 comment:

Anonymous said...

best lah...sedap tu ikan patin,
tahun depan nak g sane lah..hehehe
-afad-