Monday, November 2, 2009
Taman Negara yang indah, menyegarkan
PERNAH pergi ke Taman Negara di Pahang? Kalau tak pernah, elok pergi. Tempatnya bersih dan aman (tak termasuk tandas awam). Macam mana nak ke sana? Naik kereta ikut highway pantai timur. Keluar di exit Jerantut. Kemudian ikut papan panda tanda Taman Negara. Perjalanan dari exit Jerantut ke Taman Negara makan masa lebih kurang satu jam. Masuk ke Kuala Tahan. Sampai di sana, macam2 boleh buat. Minggu lepas aku ke Taman Negara dengan Yayasan Salam. Ada kerja kebajikan masyarakat di Kg Bukit Mat Daling. Perjalanan 4 jam dengan bot dari Kuala Tahan ke Kg Bkt Mat Daling. Kalau ke sana, kepala tak berserabut. Makan ikan sungai. Kalau pergi musim buah, biasanya bulan Julai, boleh makan durian, rambutan, dokong, mata kucing. Murah sangat. Aku akan ke sana bulan Jun atau Julai tahun depan. Nak ikut? Kena ambil cuti seminggu dan masuk hutan yang berumut beribu tahun. Menakjubkan! Orang serata dunia pergi ke situ, takkan kita tak pergi! Cuba lihat gambar2 terbaru dari Taman Negara ini...jangan marah! Ada gambar yang diambil di hulu Taman Negara. Kalau nak ke sana, kena naik bot kira2 7 jam! Kami tidor di tepi sungai menggunakan sleeping bag dan khemah sementara. Malam sejuk tapi tak da nyamuk. Pakai lampu carbide. Cuba tengok bulan mengambang tu...! KL mana dapat pemandangan mcm tu. Air sungai keroh sedikit fasal sekarang musim hujan. Gambar ikan kelah tu ada nampak? itu bukan aku tetapi kawan2 dari Kg Bkt Mat Daling. Dia orang penduduk kampong dan boleh tangkap kelah di luar kawasan perlindungan. Dalam gambar ada juga kelihatan restoran terapong di Kuala Tahan. Makan kat situ memang menyelerakan. Kalau setakat nak pergi balik hari, memang tak susah. Makan di Liyana Restoran. Tuan punya kedai tu Pak Anjang. Cuba lihat kat dinding kedai...ada gambar aku dan Ekhwan kat situ. Dalam frame pulak tu! Dan ada lagi gambar seorang saudara kita berpangkat Tan Sri! Elok ambik sikit masa dan bawa anak2 ke sana. Tak rugi punya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment