Saturday, November 28, 2009

Majlis berinai Intan di rumah Pakcik Karim
























SELEPAS berhari raya haji di rumah Kedah, sanak saudara jauh dan dekat berkumpul pula di rumah Pakcik Karim di Taman Tun Dr Ismail pada sebelah malam. Kami meraikan majlis berinai si Intan, anak bongsu Pakcik Karim. Majlis berjalan dengan meriah dan bermula dengan bacaan doa selamat. Pengantin lelaki sampai selepas isya. Selepas menjamu selera sambal tumis udang, nangka masak lemak, ikan masin bulu ayam dan ayam masak hitam, majlis bersurai kira-kira pukul 11.

No comments: