Sunday, April 12, 2009
Majlis kahwin anak Uda di KKB
SELAMAT PENGANTIN BARU! Sejak beberapa hari yang lepas, saudara mara turun naik ke Kuala Kubu untuk persiapan majlis perkahwinan si Angah, anak si Uda. Adik beradik dia berpakat untuk bantu membantu. Begitu juga Kak Yong, Pakcik Karim dan Auntie Hasnah. Biasanya Pak Andak jadi bodyguard bila dia orang turun naik. Semalam (Sabtu, 11 April) aku naik ke KKB kejap untuk hantar bunga telor. Khemah dah naik depan rumah. Sempat juga aku makan terong masak lemak dan ikan kembong masak kicap.
Hari ni (12 April) baru majlis langsung. Aku tengok Uda dan Mak Uda dah pasang badan untuk menyambut menantu. Orang Teluk Intan aku dengar. Uda pun gunting rambut dan trim misai. Baru smart! Ramai saudara mara yang hadir.
Majlis macam ni elok kita semua hadir. Kalau tak tolong basuh pinggan, tak pa. Asal dapat jumpa berjabat salam dan memanjangkan silaturrahim. Misalnya, aku dapat jumpa Latip anak beranak dan adik beradik; jumpa Abang Mamat anak arwah Mak Ngah Bingkus; jumpa Kak Semah isteri arwah Abang Baharom; of courselah jumpa Mak Cik Kama adik beradik, termasuk pengantin si Un dgn sumainya.
Aku dapat maklumat anak Uda, si Nor Hafizah, bertunang dengan Ahmad Fauzi pada bulan March tahun ni dan terus nikah hari ni. Bagus tu! Hari ni tak dapat ambik banyak gambar pengantin kerana sibuk jumpa saudara mara. Itu pun ada yang tak dapat ambik sebab ada yang dah balik awal. Apapun, majlis macam ni menjadi lebih meriah dan bermakna bila saudara mara semua berkumpul.
Aku dapat tahu kedua-dua mempelai ialah anak ke 2 dalam keluarga masing-masing. Kami semua berdoa semoga bahgia selalu hingga ke anak cucu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah...cepat betul gambar-gambar semalam disiar dalam blog untuk dikongsi-kongsi bersama keluarga. Seronok tengok sebab jelas menunjukkan keakraban keluarga. Pelbagai aksi telah diambil sama ada atau tidak ianya disedari. Kalau boleh dikongsi, nak tahu juga, siapa gerangan yang makan sampai pinggan menutup muka?dan apa yang dimakannya?
Post a Comment