Saturday, April 4, 2009

Yahudi Palestin benci Israel






AKU BARU BALIK dari London semalam (Khamis). Aku dipanggil ke London untuk menghadiri pameran Foto Gaza di sana. Gambar-gambar kemusnahan di Gaza yang diambil oleh sukarelawan Yayasan Salam telah dibawa ke London untuk dipamerkan di sana. Boleh tahan juga! Aku dapat panggilan dari dua pegawai kanan Datuk Rais Yatim. Sepatutnya, pegawai kanan dia dah menyediakan tiket kerana dijemput lebih awal. Tapi entah macam mana, dia orang pergi dan aku tinggal di KL. AIK! Apa dah jadi? Kena sabo ke? Bila Datuk Rais sampai London pada petang Isnin, dia tengok aku tak ada. Itu sebab dia arahkan juga aku ke London! Aku dapat panggilan pukul 1 pagi. Pukul 5 pagi Ekhwan bawa aku ke KL Sentral beli tiket. Tup tup, dompet tinggal kat rumah pulak! Ekhwan balik ambil dompet. Akhirnya aku beli tiket kelas ekonomi tapi nasib baik pegawai Datuk Rais dapatkan aku tempat duduk kelas Bisnes. Rilekslah sikit! Aku tidor di London cuma dua malam. Lepas tu balik ke KL dengan pesawat Mas. Duduk Bisnes klass dan tengok 3 wayang. Orite jugalah akhirnya. Lihat gambar-gambar ini semasa aku di London. Pak janggut tu ialah Yahudi warganegara Palestine yang bencikan Israel. Sepanjang aku di sana, dia hentam Israel habis-habisan. Rupa-rupanya, ada juga Yahudi yang bencikan srael yan dikepalai pemimpin Zionis.

No comments: