Tuesday, May 10, 2011
TRS bersurai selepas berkampong
ASSALAMUALAIKUM! Selepas berkampong semalaman di Sri Pena, kita pulang ke rumah masing-masing. Pada hari Ahad, selepas bersarapan, masing buat persiapan untuk pulang. Tetapi sempat juga satu pertandingan futsal diadakan. Selepas sessi bergambar, kami semua bersurai ke rumah masing-masing dengan doa dan harapan agar kita akan bertemu lagi di masa hadapan. Sebenarnya, jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Adaah menjadi harapan kita semua agar silaturrahim yang terjalin akan berterusan, demi pertalian darah dan ikatan agama yang ada pada kita semua.
Bak kata pepatah Melayu:
kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
boleh kita berte,u lagi.
kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Penghargaan kepada semua AJK atas penat lelah dalam menguruskan Hari Keluarga TRS Tahun 2011.
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
Insyaallah kita bertemu lagi pada perjumpaan TRS Tahun 2012.
Ann dan keluarga
syiok habes... dn yg lg best team futsal 'hantam cromok' dr kkb juara... jgn marah haaa.. hehehe...
Post a Comment