SALAM! Pada 24 June lepas, genaplah Abah meninggalkan kami semua selama 12 tahun. Pada 26 June, Apau buat kenduri arwah di rumahnya di Semenyih. Kenduri arwah biasanya diadakan untuk membawa keluarga yang masih hidup berkumpul membaca Yassin sambil mengingati jasa2 arwah kepada kita semua. Ada yang benar2 ingat; ada yang ingat2 lupa; ada yang benar2 ambil berat; tak kurang juga yang ambil lewa. Syukur Alhamdulillah Apau mengambil inisitif untuk buat kenduri itu.
Sekarang, apabila usia ku menjangkau 60 tahun (tahun depan kalau panjang umur aku berusia 60 tahun pada 21 Julai), baru aku faham mengapa arwah Abah mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Behrang. Pada mulanya, arwah bersendirian di Behrang, Encik tidak bersama kerana mengendalikan rumah setinggan di Sentul. Anak2 bekerja dan Sanisah masih bersekolah. Arwah mengambil keputusan untuk membersihkan tanah kebun dan menanam pokok durian, rambutan, manggis, dokong, pulasan sambil membela ayam dan angsa. Hidupnya pasti sunyi tetapi hatinya mungkin lapang kerana tidak ada gangguan hidup yang penuh cabaran di Kuala Lumpur. Sekali sekala Abah akan turun ke KL menaikki bas, membawa durian dan rambutan. Dia turun untuk menengok Encik dan rumah Sentul. Anak2 yang lain turun bertemu dia kalau tak bekerja.
Apabila ku halusi, selepas 12 tahun dia meninggalkan kita semua buat salama-lamanya, baru aku faham sebab sebenar dia menjauhkan diri ke Behrang. Tekaan ini mungkin salah, tetapi aku rasa ada betulnya juga. Kesibukan anak2 menyebabkan dia tidak dapat bersama mereka. Setelah pencen, arwah banyak masa. Sepatutnya, itulah masa anak2 meluangkan masa untuk bersamanya. Aku masih ingat betapa sibuknya aku membina kerjaya, seolah-olah tiada perkara lain yang lebih penting. Sesekali aku ke Behrang membawa anak2 dan kegembiraan jelas terbayang di wajah arwah. Aku sepatutnya lebih kerap membawa keluarga ke Behrang berjumpa dengannya. Pada musim buah, dan jika ada kelapangan aku tidor di Behrang. Pada waktu itu, aku yakin arwah Abah benar2 terhibur kerana anak cucu semua berkumpul membawa keriuhan dan kemesraan berkeluarga.
Dengan tidak disedari, apabila anak2 semua sibuk dengan hal masing2, arwah merasa dirinya terpinggir. Dan menetap di Behrang memberinya kepuasan kerana waktunya di isi dengan kerja kebun sambil dapat berbakti dengan masjid sebagai Siak. Mungkin dalam hati kecilnya dia berkata: "Biarlah anak2 sibuk dengan tugas dan hidup masing2. Aku lebih senang membawa diri ke Behrang, berbekalkan sebuah rumah usang, talipon dan satu televisyen kecil. Jika anak2 ingatkan aku, mereka datang ke Behrang untuk menjengok. Kerinduan dengan anak2 dan cucu terbela seketika apabila mereka datang ke Behrangm mandi di anak sungai sambil makan beramai-ramai..."
Encik kemudian berpindah juga ke Behrang bersama arwah, hinggalah arwah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital Tg Malim sebelum aku bawa ke Hospital Pantai untuk mendapat rawatan yang lebih rapi...
Dalam keadaan demikian, aku juga merasa mahu membina sebuah rumah kecil dan duduk di Behrang. Udara di Behrang segar dan tidak ada tekanan seperti yang ada di KL...
Sunday, June 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
abah truly loved his children fully, tanpa reservations, tanpa any prejudices...and kasih, sayang & cinta dia pada encik was TOTAL...ingat semasa dalam last 3-4 days sebelum dia menghembus kan nafas terakhir dia, dlm 11 am, arwah mak tam, arwak mak alang sg choh & a few others were in his hospital room, abah called encik to his side & said in a clear voice "jah, saya nak pergi dulu ni ya, jaga diri baik2, tengok2 kan budak2 tu" & encik smiled, tepuk2 bahu abah & said "gi lah, not to worry, everything will be ok, tak ada apa2 yang nak d risau kan".. amat jarang2 sangat kita tengok kejadian begini, shows one what one's parents are made of huh....
Dengan membaca coretan Yob, saya dapat menjiwai perasaan kedua belah pihak sama ada di pihak anak mahupun di pihak arwah abah, walaupun kehadiran saya dalam keluarga Talib agak lewat dan tidak sempat mengenali beliau secara peribadi.
Dalam menempuh hari-hari pada usia kita yang semakin meningkat, ternyata kehidupan di kampung lebih membawa ketenangan.
Mungkin boleh dirancang untuk menyambut syawal tahun ini di Behrang..
Ann
sy sentiasa ingat zaman sy bersama arwah atuk...sungguh gembire apabila dpt balik kg sbb dpt jmpe dgn atuk tersayang....i miss him .. semoga dcucuri rahmat nya..al-fatihah..
Post a Comment