Wednesday, December 16, 2009

Narathiwat - gelora dalam bara









SALAM! Aku ke Narathiwat minggu lepas. Buat liputan sikit sempena lawatan PM DS Najib ke daerah itu. Narathiwat ni adalah antara tiga kawasan "hangat" di Selatan Thai. Dua kawasan lain ialah Yala dan Pattani. Sebahagian besar penduduk di sini ialah orang Islam. Mereka adalah orang Melayu tetapi warganegara Thai. Mereka boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan selain bahasa Siam. Aku tidor di Hotel Imperial yang mengenakan sekatan sekuriti yang ketat kepada sesiapa saja yang menginap di situ. Apa yang menarik di Narathiwat? Tomyam menang first class! Makan pulut santan dengan mangga masak juga sedap! Tak susah nak ke sana. Pergi ke Kota Baru, naik kereta ke Pengkalan Kubur, naik boat menyeberangi Sg Golok, naik teksi ke Narathiwat. Dalam masa 2 jam, dah sampai Narathiwat!

No comments: