Wednesday, December 23, 2009
Majlis kahwin anak Hamdan Gombak
SALAM! Disember musim orang kahwin. Cuti sekolah panjang. Musim hujan pulak tu. Minggu lepas 19hb Dis anak Hamdan Gombak pulak kawin. Nikahnya malam 18hb. Aku jenguk pada mlm 18 tu. Ingat nak jalan-jalan tengok kalau kerja yang boleh dibantu. Pegi dgn kelambu aje. Tubeless lagi. Rupa-rupanya anak dia nikah malam tu. Heheh! Langkah kanan. Aku makan. Udang masak lemak dgn kacang panjang, ikan cencaru goreng berlada, ikan keli goreng berlada, sambal belacan. Sedap. agi aku, lebih sedap makan malam nikah dari hari majlis bersanding! Majlis bersanding tu ramai juga orang. Lihat gambar2 ni. Ada bubur kacang. Dan ada kisah jejak kasih...tapi itu lain cerita!
Wednesday, December 16, 2009
Narathiwat - gelora dalam bara
SALAM! Aku ke Narathiwat minggu lepas. Buat liputan sikit sempena lawatan PM DS Najib ke daerah itu. Narathiwat ni adalah antara tiga kawasan "hangat" di Selatan Thai. Dua kawasan lain ialah Yala dan Pattani. Sebahagian besar penduduk di sini ialah orang Islam. Mereka adalah orang Melayu tetapi warganegara Thai. Mereka boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan selain bahasa Siam. Aku tidor di Hotel Imperial yang mengenakan sekatan sekuriti yang ketat kepada sesiapa saja yang menginap di situ. Apa yang menarik di Narathiwat? Tomyam menang first class! Makan pulut santan dengan mangga masak juga sedap! Tak susah nak ke sana. Pergi ke Kota Baru, naik kereta ke Pengkalan Kubur, naik boat menyeberangi Sg Golok, naik teksi ke Narathiwat. Dalam masa 2 jam, dah sampai Narathiwat!
Subscribe to:
Posts (Atom)