Saturday, October 31, 2009
Makcik Kama meninggal dunia di PJ
Al-FATIHAH. Makcik Kama, nama penuh Kamaliah binti Lope, adik kepada Allahyarhamah Mak Tam, meninggal dunia Khamis lalu 29hb Oktober. Arwah meninggal di rumahnya di Petaling Jaya dipercayai setelah diserang sakit jantung. Arwah baru pencen dari pekerja dengan Jabatan Kerja Air. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Ampang, selang satu kubur dari kubur anak arwah yang meninggal semasa kecil lagi. Semua anak arwah sudah mendirikan rumahtanngga. Sama-samalah kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Ini ada dua gambar yang sempat dirakam pada majlis takbir hari raya '09 dan di majlis pernikahan anak si Yim, anak Pak Deris.
Monday, October 26, 2009
Takbir raya tetap meriah
TAHUN ni tak berapa ramai geng yang keluar bertakbir pada malam raya. Masing2 ada hal. Bagaimanapun kami terus bertakbir. Kali ni kita habis cepat fasal tak banyak rumah. Makan yang paling best ialah di rumah Pak Cik Karim di Tmn Tun. Tahun depan, kita akan buat dua round - satu malam raya dan satu lagi pada hari raya!
Raya di rumah Kedah, Taman Equine
BILA dah lama tak update blog, masalah besar ialah nak tarok yang mana satu dahulu dan yang mana kemudian. Gambar bkan main banyak lagi. Kalau tak update, tak seronok pulak rasanya. Anyway, jangan marah kalau tak kut kronologi! Ini gambar2 di rumah Kedah di Taman Equine. Masing2 posing bagai nak giler...!
Friday, October 2, 2009
Yo meninggalkan kita buat selama-lamanya
Al-Fatihah. Hari ini seorang lagi ahli keluarga kita meninggalkan kita buat selama-lamanya. Hanafiah, atau Yo, anak arwah Pak Ngah di Sg Choh, kembali ke rahmatullah semalam (1hb Oktober). Allahyarham mengidap kanser. Aku dapat panggilan dalam pukul 11pagi. Aku sempat menziarah jenazah di surau Simpang Flat di Kg Baru,KL sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Ampang. Kadang-kadang hidup ni memang begitu. Semasa hayat masih ada, kita tidak mengambil berat antara satu sama lain, sehingga tidak lagi kenal ahli keluarga yang seharusnya rapat dgn kita. Aku merasa sedih atas kehilangan Yo, yang satu ketika dahulu pernah mewakili negara dalam pasukan hoki di peringkat antarabangsa. Di surau tadi, aku bertemu dengan anak arwah si Hezmen buat pertama kalinya. Ada pelajaran dari apa yang berlaku hari ini. Kita harus sentiasa berusaha mengenali setiap ahli keluarga, jauh dan dekat. Gambar2 di sini menunjukkan wajah Allahyarham dengan isterinya. Gambar yang satu lagi menunjukkan aku berposing dengan anak Basiron, Jaafar suami Leha dan anaknya. Moga2 roh Allahyarham mendapat perlindungan dariNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)