Saturday, February 21, 2009

Yoi nak kena bedah 7 jam Isnin ni




SAMA-SAMA KITA DOAKAN si Yoi, anak arwak PakCik Latip Sg Choh, selamat menjalani pembedahan prostat Isnin ini. Dia bagi aku satu SMS hari Khamis lepas. Dalam SMS tu, dia minta kita semua doakan pembedahannya berjalan lancar. Pembedahan tu makan masa kira-kira 7 atau 8 jam, katanya. Aku talipon dia, cuba naikkan semangatnya. Aku rasa elok kita melawat dia di hospital. Dia ada di Wad 7D, Katil 20, Tingkat 7 Hospital Selayang. Kadang-kadang aku sedih juga tengok kelakuan kita adik beradik, sanak saudara. Ada masa sunyi senyap tak dengar kabar berita. Kadang-kadang hantar SMS pun tak berjawab...sama-sama kita fikirkan.

1 comment:

Anonymous said...

afad sentiase doakan untuk semua..