Saturday, February 21, 2009

Yoi nak kena bedah 7 jam Isnin ni




SAMA-SAMA KITA DOAKAN si Yoi, anak arwak PakCik Latip Sg Choh, selamat menjalani pembedahan prostat Isnin ini. Dia bagi aku satu SMS hari Khamis lepas. Dalam SMS tu, dia minta kita semua doakan pembedahannya berjalan lancar. Pembedahan tu makan masa kira-kira 7 atau 8 jam, katanya. Aku talipon dia, cuba naikkan semangatnya. Aku rasa elok kita melawat dia di hospital. Dia ada di Wad 7D, Katil 20, Tingkat 7 Hospital Selayang. Kadang-kadang aku sedih juga tengok kelakuan kita adik beradik, sanak saudara. Ada masa sunyi senyap tak dengar kabar berita. Kadang-kadang hantar SMS pun tak berjawab...sama-sama kita fikirkan.

Ramai terkejut tengok penderitaan Gaza
















SALAM SEMUA! Maaf lama tak menulis. Sibuk sikit lepas balik ke KL ni. KL ni panas pulak (ahem, ahem...acah aje tu! Gaza sejuk!). Aku harap dpt tunjukan banyak gambar dari pengalamam di Gaza. Ramai orang yang terkejut melihat kerosakan yang berlaku di Gaza. Lebig kurang 50 masjid musnah, kira-kira 1,400 orang mati (40 peratus adalah kanak2). Rumah yang jahanam pun banyak. Lembu dan ternakan pun mati kena bom. Kilang pun musnah. Cuba lihat gambar2 ini. Nasib kita sungguh baik. Sama-samalah kita doakan Malaysia dan jadi macam Gaza, insyaAllah.

Sunday, February 1, 2009

Aku tak dibenar keluar malam di Gaza
















SALAM DARI GAZA! Aku meronda kota Gaza setiap hari. Jumpa ramai orang. Tengok banyak kemusnahan. Dengar satu letupan bom. Sembahyang di masjid yang gelap yang hanya berlampukan pelita. Aku tak keluar malam kerana tak dibenarkan oleh bodyguard. Tapi di siang hari, inilah yang antara pemandangan yang dapat ku lihat...tatapi dan bersyukurlah!