Tuesday, May 10, 2011

TRS bersurai selepas berkampong
















ASSALAMUALAIKUM! Selepas berkampong semalaman di Sri Pena, kita pulang ke rumah masing-masing. Pada hari Ahad, selepas bersarapan, masing buat persiapan untuk pulang. Tetapi sempat juga satu pertandingan futsal diadakan. Selepas sessi bergambar, kami semua bersurai ke rumah masing-masing dengan doa dan harapan agar kita akan bertemu lagi di masa hadapan. Sebenarnya, jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Adaah menjadi harapan kita semua agar silaturrahim yang terjalin akan berterusan, demi pertalian darah dan ikatan agama yang ada pada kita semua.

Bak kata pepatah Melayu:

kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
boleh kita berte,u lagi.

kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Thursday, May 5, 2011

Perjumpaan keluarga TRS di PD Part 2

















ASSALAMUALAIKUM sekali lagi! Ini bahagian kedua laporan perjumpaan keluarga TRS di Sri Pena. Selepas majlis baca yassin dan tahlil, kita semua menjamu selera. Ada juga lucky draw. Banyak betul hadiah dan ramai yang dapat. Bukan benda mahal2 tetapi lebih kepada suka2. Majlis disusuli pulak dengan supper - makan satay. Enak betul satay yang diuruskan oleh Pak Lang Hanafiah. 70 sen secucuk kalau tak silap. Kuah dia pun bagus. Sambil2 tu, ada pulak yang menunjuk bakat dengan nyanyian karaoke. Yob buat pengumuman pertanding karaoke tergempar tanpa apa2 persiapan. Sebelas peserta ambik bahagian dengan bayaran $3 seorang. Mana ada mcm ni punya pertandingan! tu fasal lah, benda ni hanya suka2. Ada juga yang mandi dalam kolam renang sambil rehat2. Di pertandingan Karaoke si Medan dapat nomb2r satu. Nombor dua jatuh pada Ekhwan dan nombor tiga dimenangi oleh Uncle Z, menanti Pakcik Karim suami si Hasrini. Hadiah pertama dapat tengok konsert Awie dan Wings di Istana Budaya (tiket VVIP). Tapi Medan tak dapat pergi last minit. Kerja, kata dia. Karaoke habis kira2 pukul 1 pagi. Macam2 style bila menyanyi tu. Lihat gambar2 ini. Maaf takda gambar2 makan satay kerana Yob dalam kolam renang masa tu..Lepas tu memory kad kamera penuh

Wednesday, May 4, 2011

Perjumpaan mesra keluarga TRS di PD



















SALAM! Pada 30 April dan 1 Mei lepas, sebahagian ahli keluarga TRS berkumpul di Sro Pena, Port Dickson, untuk upacara tahunan. TRS ialah tiga induk utama dari satu rumpun yang dapat dicari dan dikenalpasti. Sejak beberapa tahun yang lalu, ahli keturunan tiga induk yang ada pertalian darah ini berkumpul untuk menjalin dan merapatkan silaturrahim. Seramai 184 ahli keluarga. Yang berdaftar sebelum turun ke PD ialah 150. Kita mengalu-alukan kehadiran mereka. Tapi lebih elok kalau daftar lebih awal supaya semua boleh dapat T shirt dan cukup nasi lemak dan meehoon untuk sarapan pada 1 Mei itu. Perjumpaan kali ini boleh menjadi contoh untuk perjumpaan2 lain di masa depan. Banyak gambar yang diambik tapi tak sempat nak masukkan semua dalam artikel ini. Yob akan muatkan gambar2 lain dalam artikel yang akan datang. Perjumpaan kali ini juga bermula dengan permainan kanak2, orang dewasa, solat jemaah Maghrib, bacaan yassin, tahlil dan jamuan makan malam. Ia disusuli oleh jamuan satay dan pertandingan karaoke.

InsyaAllah, kita akan buat trip umrah pula di masa depan jika ada sambutan.