Saturday, May 22, 2010
Kalau ke Tasik Kenyir...
SALAM! Kalau ke Tasik Kenyir, jangan lupa bawa pancing. Aku dah beberapa kali ke sana. Tak puas2. Ada chalet cantik (muat satu famili 3 anak dengan mudah). Ada tempat makan ikan sungai yang sedap. Ada udara nyaman. Ada sebarau. Ada toman. Dan kalau kena pada musim, ada durian dan macam2 buah tempatan.
Sunday, May 16, 2010
Kak Yong - real fighter!
SALAM! Petang tadi (16 May) aku melawat Kak Yong di rumahnya di Ulu Klang. Lama tak jumpa. Dia nampak ceria. Bagi seorang yang sedang berjuang habis-habisan dengan penyakitnya, Kak Yong memang a "real fighter." Orang lain yang mengalami penyakit yang lebih ringan patut ikut semangat Kak Yong. Ini orang tak mudah kalah punya! Aku sampai sebaik sahaja dia lepas mengambil wudhuk untuk solat 'asar. Get well soon Kak Yong! Doa kami bersama mu!
Sarapan sempena Khaleda masuk UIA
Thursday, May 13, 2010
Kenduri doa selamat di BTS
Tuesday, May 11, 2010
1 malam di hotel, 1 malam atas bot
Salam! Letih tapi seronok. Itu yang diucap oleh semua peserta konvoi 50 buah kereta 4x4 dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir. Bukan senang nak jaga 50 kreta yang membawa bot kecil atas bumbong untuk perjalanan jauh. Setiap peserta bayar RM250 untuk memancing di Tasik Kenyir untuk 3 hari 2 malam. Satu malam tidor di hotel 5 bintang dan 1 malam tidor atas boat besar atas tasik. Takda yang tak puas hati...Tunggu konvoi dari KL ke Krabi, Thailand akhir tahun ini..
Sunday, May 2, 2010
Candat sotong dgn Harian Metro
SALAM! Minta maaf kepada keluarga An dan Ina kerana tak dapay jlin kenduri kahwin anak saudara masing2. Ada event Harian Metro yang terpaksa hadir. Dan dah confirm kehadiran lebih awal. Event tu ialah Candat Sotong, satu-satunya event yang Yob kena hadir sebagai salah seorang pelepas acara tahunan tu. Kali bawa keluarga pulak. Tu pun tak penuh kerana Ekhwan ada acara di kolej. Ini sebahagian gambar2 di candat sotong di Dungun tu (1 May 2010).
Subscribe to:
Posts (Atom)