Wednesday, September 30, 2009
Rumah arwah Pak Cik Malik hangus
SEMALAM, 29 September, 09 bersamaan 11 Syawal, saudara mara dikejutkan dengan berita kemalangan. Rumah arwah Pak Cik Malik di Sg Choh, hangus terbakar. Anaknya si Maziah talipon Yob kira-kira pukul 630 memaklumkan perkara itu. Semasa itu, Yob berada di PD jadi tak boleh buat apa-apa. Beberapa sms dihantar kepada adik beradik. Malam lepas kerja Yob sempat ke sana dengan Ekhwan. Sebelum itu, Kak Cik dan anak-anak lain dan Wahab dari Syah Alam juga sempat mengunjung. Kalau ada sesiapa yang ingin membantu, hubungilah si Maziah di 012-672-0820. Elok kalau kita kutip duit sesama sendiri dan bantu baikki rumah itu semula. Itulah satu-satunya harta peninggalan arwah Pak Cik Malik.
Tuesday, September 22, 2009
Potong jambol jgn tak potong!
Kenduri sambut puasa adik beradik
PADA 8 Ogos lepas, saya buat kenduri kecik untuk sambut Ramadhan. Adik beradik dari kedua pihak aje. Lepas tu, si Zam dan Sani buat majlis potong jambul anaknya yang terbaru, si Aza. Meriah juga bila sekali-sekali jumpa. InsyaAllah, akan buat kenduri lain bila ada rezeki. Gambar potong jambol dimasukkan dalam posting lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)