Tuesday, June 30, 2009

Moga2 rohnya dicucuri rahmat







AL-FATIHAH. Dalam usianya yang muda, Yoi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Usianya baru 31 tahun. Anak arwah Pak Cik Latif di Sg Choh menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20hb Jun, 2009 di rumah Ibunya di Kg Tanjong. Arwah menghidap prostat cancer. Biasanya prostat cancer ini mengancam orang lelaki dewasa tetapi ia tidak mengenal umor dan apa tanggongan si pengidap. Yoi mula masuk hospital di Selayang. Dia dibedah di situ. Aku melawatnya beberapa kali semasa di situ. Seterusnya, Yoi dimasukkan ke HUKM dan akhir sekali di HKL. Aku melawat arwah pada 19hb Jun di HKL. Menurut isterinya, dia sentiasa tertanya-tanya bila akan melawat. Dia kenal aku tetapi dia tidak banyak berkata-kata. Dia diberi morfin untuk mengurangkan kesakitan tetapi itu tidak memadai kerana kanser yang diidaminya terlalu agresif. Keluarganya membuat keputusan untuk membawanya pulang pada 20hb dan arwah meninggal kira kira pukul 2.15petang. Aku sempat menghadiri majlis pengkebumiannya di tanah perkuburan Sg Choh. Kuburnya bersebelahan dengan pusara bapanya, Pak Cik Latif (Boss). Moga-moga rohnya di cucuri rahmat rahmat.

Monday, June 29, 2009


SALAM SEMUA! APA KHABAR? Lama tak menulis kat sini. Sibuk sikit sejak beberapa minggu sebelum ni. Banyak spekulasi tentang diri ni. Kadang2 menjadi tekanan pulak. Ada cerita kata Yob nak masuk balik ke NSTP. Ada kata tak jadi. Macam-macam hal. Cerita sebenar tak kurang hebat, tapi terpaksa jadi rahsia. Heheh! Aku dah mula menulis balik dalam NST setiap hari Ahad. Dah lebih kurang dua bulan menulis. Semalam (28 Jun) aku menghidupkan semula tulisan bertajuk Pahit Manis. Kolum ini dihentikan banyak tahun dulu apabila beredar dari Balai Berita. Aku bekerja 26 tahun di situ tetapi keluar mencari rezeki di tempat lain pada 2004. Kini roda berpusing lagi, dan aku kembali ke NSTP sebagai Pengarah Eksekutif, Berita. Aku juga diberi tanggongjawab tambahan sebagai Pengarah Eksekutif, News di Media Prime yang mengruskan 3 stesen TV dan 3 stesen radio. InsyaAllah, berkat doa saudara mara dan para sahabat, tugas dan amanat berat ini dapat dipikul.