Monday, May 11, 2009
Jom bersihkan kubur arwah2 kita!
SEMALAM, Ahad 10 Mei, aku ke Behrang membersih kubur arwah Abah. Aku ke sana dengan si Zul dan Zam. Si Chein pergi juga tapi dia naik kereta sendiri. Kami sampai di kubur dalam pukul 1045 dan bersihkan kawasan. Sebatang kayu penghadang kubur di sebelah kaki dah kena kebas. Nanti kena ganti. Sekali sekala elok jengok kubur-kubur lain juga. Lepas tu, kami ke kebun dan bersihkan setakat mana yang terlarat. Kami balik selepas menjamu selera di kedai Andrie. Tak pernah makan di situ? Hah, rugilah! Kalau nak makan di situ, tak boleh pergi ikut waktu sesuka hati beb! Ada petuanya.
Sunday, May 10, 2009
Majlis kesyukuran Yim & Yati
SELEPAS majlis pernikahan, Yim dan Yati menjemput keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke majlis jaman tengahari dan doa selamat di rumah Pakciknya, si Man, di Sunway Kayangan. Ramai yang hadir, jauh dan dekat. Si Man pulak buat majlis kesyukuran rumah baru dan mengadakan majlis tahlil serentak. Jamuan udang tempoyak dan sambal ikan bilis petai menjadi tarikan. Daging masak korma pun laku juga. Ikuti gambar dari majlis kesyukuran itu.
Saturday, May 9, 2009
Yim dan Yati selamat diijabkabulkan
LEPAS sembahyang Jumaat semalam, si Yim anak Pak Deris selamat dinikahkan dengan pilihannya. Yim, atau nama penuhnya Ibrahim, bernikah dengan Norhayati binti Mustapha, di masjid jame' Kampong Melayu Petaling Jaya. Aku sempat merakamkan gambar-gambar ini. Ramai juga saudara mara yang datang termasuk Pak Cik Karim dan emak dan bapa saudara si Yim. Selepas majlis pernikahan, para hadirin dijamu mee goreng dan meehon goreng di salah sebuah bilik di bahagian bawah masjid itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)