Monday, March 30, 2009
Buat umrah dan haji bila sampai masanya
LAMA BETUL TAK UPDATE BLOG NI! Sibuk sikit. Balik dari Gaza terus sibuk dengan pameran Gambar Gaza di Parlimen dan di PWTC. Hari ni tadi aku ke rumah Chein di Desa Pinggiran dekat Putrajaya. Dia baru balik dari Makkah menunaikan umrah dengan isterinya, Cikyan. Aku memang dah lama kempen ajak adik beradik dan saudara mara ke Makkah. Sekali dalam seumur hidup, kita patut berusaha ke sana. Kalau cukup rezeki, elok terus naik haji. Kalau tidak, buat umrah dulu. Kalau kita sebut yang kita sibuk, memang kita akan sentiasa sibuk, jangan lupa bahawa setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita ialah doa! Jadi hati-hati bila kita kata kita sibuk atau tak ada duit nak ke Makkah. Dalam hal macam ni, elok kita usahakan supaya dapat ke Makkah. Lihat gambar-gambar semasa si Chein di Medinah dan Makkah.
Subscribe to:
Posts (Atom)