Wednesday, November 17, 2010

Moga2 hidup dlm iman, penuh keredhaan













SALAM! Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua sanak saudara, jauh dan dekat. Moga2 pengorbanan kita yang ikhlas diberkatiNya. Pada hari yang baik ini, marilah kita memberi sedikit masa untuk mengenangkan saudara mara kita yang sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka. Kita semua akan ke sana juga akhirnya. Aku pasti setiap orang mempunyai kenangan pahit dan manis dengan mereka yang pergi dahulu dari kita. Moga2 roh mereka terpelihara dan dimasukkan ke dalam golongan mereka yang soleh dan beriman. Pada hari yang baik ini juga marilah kita tingkatkan pegangan kita kepada tali Allah agar kita hidup dengan iman dan sentiasa berada dalam pemeliharaanNya. Amin.

Wednesday, November 3, 2010

Berbual dengan Hillary Clinton











SALAM! Semalam, 2hb Nov, aku sempat buat temubual dengan Hillary Clinton dari USA. Majlis dibuat di ISTAC, dekat Jalan Duta. Tak pernah buat temubual depan khalayak ramai. Senak perut juga dibuatnya. Kira-kira 500 orang hadir. Sila lihat gambar2 ini. Semua foto dirakam oleh seorang kawan TV3 (bukan sendiri angkat la..) Kelihatan dalam gambar ialah Boss PKR DS Wan Azizah, blogger BIGDOG (yg besar dan cute tu), Duta kita ke USA Datuk Jamaludin Jarjis.

Sunday, October 31, 2010

Majlis mesra, makan tak terhingga













































SALAM! Nah, selepas beberapa buat persiapan, maka sampailah pada hari perkahwinan yang dinanti-nantikan. Kami pun berduyun-duyun ke Sg Merab untuk meraikan majlis. Tak rugi punya! Makan sedap. Ada sotong kering, ada rendang Palembang, ada macam2. Air sirap dah tentu ada. Band live takda tetapi karaoke ada. Maka ramailah bakat2 terpendam keluar menyumbang lagi. Nasib baik takda yang sumbang! Aku tengok Pak Andak betul2 riang pada hari tu. Ramai betul tetamu yang diundang yang hadir .

Masa aku di sana, dapat juga bertemu dengan saudara mara yang lama tak jumpa. Ramai juga yang datang dari Sg Choh, iaitu kampong arwah Abah dan arwah Mak Andak. Aku harap saudara mara akan sentiasa berhubung dan bertemu bila ada ruang macam majlis2 perkahwinan dan kenduri kendara. Masa beginilah yang elok bertanya khabar. Aku sibuk betul pada majlis tu - sibuk makan dan sibuk ambik gambar. Tengoklah gambar2 yang tertera di sini.

Majlis yang dibuat dalam suasana kampong dan dusun memang lain dari yang lain. Tu fasal majlis ni meriah dan mesra. Bagi mereka yang tidak dapat bersama di majlis ini, harap2 gambar yang dipaparkan di sini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang rindu. Bagi pengantin baru, mari kita doakan jodoh mereka berkekalan dan hidup dalam bahagia, InsyaAllah.