Saturday, July 10, 2010

Aku masuk Gaza sekali lagi, insyaAllah...

SALAM! InsyaAllah, pagi Isnin ini saya akan memasuki Gaza melalui pintu sempadan Rafah. Saya bertolak ke Kaherah mlm ini (10 julai 2010) menaikki pesawat Egypt Air. Saya ke sana atas tiket Bulan Sabit Merah Malaysia, sebagai sukarelawan. Misi ini sudah beberapa ditanggoh kerana tidak dapat lampu hijau untuk masuk ke Gaza. Alhamdulillah, kami menerima lampu hijau minggu ini. Kali terakhir dapat lampu hijau ialah pagi tadi (Sabtu 10 julai). Jika berjaya masuk, ini ialah kali kedua saya menjejaki tanah Gaza. Kali pertama ialah pada Januari tahun lalu, beberapa hari selepas Israel berhenti menyerang Gaza dengan rakus dan kejam. InsyaAllah, kali ini akan berjaya sekali lagi. Harap semua dapat doakan kejayaan.

Nak kongsi berita dan gambar?


SALAM semua! Kalau ada berita keluarga dan gambar2 yg nak dikongsi, itu sudah bagus. Hantar saja coretan dan gambar2 itu melalui email saya iaitu ahmadt51@gmail.com dan insyaAllah ia akan dimuatkan. Kadang2 mungkin lambat sikit..maklumlah kerja banyak. Kadang2 broadband pulak slow terhegeh-hegeh..jadi ingat, kalau ada cerita dan gambar, hantar pd saya. Jgn buang masa!

Monday, July 5, 2010

Panduan tengok gambar dlm blog




Salam! Yob dapat sms complain fasal gambar. Ada yang bertanya mengapa gambar terlalu kecik! hahaha! Kalau nak tengok gambar besar, click pada gambar dan dia jadi besar. Mudah aje! Cuba sekarang!

Sunday, July 4, 2010

Majlis kahwin anak Maznah di Sg Choh

































SALAM! Kenduri kahwin di kampong memang jauh lebih meriah dari bandar. Harini (4 Julai) aku ke Sg Choh untuk majlis persandingan cucu Boss, arwah Pakcik Latip. Hafis, anak sulong si Maznah kahwin dengan orang Pahang. Majlis diadakan di perkarangan rumah Boss. Makcik Sham, isteri Boss, menyambut kami dengan tenang. Lama betul tak jumpa. Kira-kira 3 bulan dulu, Makcik Sham kehilangan seorang lagi anaknya, si Salleh. Sebelum ni, dia kehilangan si Yoi.

Ramai juga yang datang ke majlis hari ni. Ada yang dah lama juga yang tak jumpa. Jamuan nasi puteh dan nasi minyak. Ada rendang, ada sambal ikan bilis petai, ada botok (masakan khas orang Sg Choh, macam pais). Untuk mencuci mulut, ada tapai, cendol dan bubur kacang. Menarik. Majlis diserikan dengan paluan kompang Kampong Tanjung. Bagus mainan mereka. Budak2 kampong juga ada yang bersilat menyambut pengantin. Ada sedikit hujan sebelum majlis dan ini menjadikan kawasan lecak sikit. Tengoklah sendiri gambar2 yang sempat dirakam.

Harap2, lebih ramai lagi saudara mara akan turun menyambut jemputan sanak saudara kita. Kita pun bukan selalu jumpa. Kadang2 musim hari raya pun tak nampak batang hidung. Kita selalu jumpa dengan jiran dan kawan2 sepejabat, tetapi saudara mara rapat jangan pula tak di jengok. Jiran dan rakan sepejabat kita jumpa setiap hari. Saudara mara macam mana?

Mandi minyak silat gayong





SALAM! minggu lepas pada 27 Jun 2010 aku ke Pinggiran Batu Caves untuk tengok upacaraa mandi minyak silat gayong. Hebat! ramai anak2 muda bersilat. Naik bulu roma dibuatnya. Lepas tu aku pulak diajak mandi minyak! Alamak! Kalau tolak nampak pulak tak macho! Anyway, aku pun celop aje tangan dalam minyak yang baru aje di masak. Phew! Tengok ajelah gambar2 ni!

Azmi dapat $200 untuk 2 A



SALAM! Baru2 ni kita buat kenduri doa selamat sikit di rumah aku. Tak panggil ramai orang, cuma saudara mara aja. Di majlis tuy, aku serahkan $200 kepada si Azmi anak Hamdan yang dapat 2 A dalam peperiksaan SPM. Syabas, Azmi dah masuk UiTM! kita doakan sukses bagi dia. Pemberian hadiah kepada anak2 buah uyang berjaya dalam pelajaran ialah salah satu usaha menggalakkan mereka belajar dengan tekun. Aku berpendirian bahawa cara begini boleh membantu sedikit sebanyak. Bagi mereka yang dapat 1A di peringkat UPSR, hadiahnya $50, bagi PMR $75 setiap A dan bagi SPM $100 satu A. Harap2 mereka menghargai pemberian yang tak seberapa ni. Marilah kita doakan mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada diri mereka, keluarga, bangsa dan tanahair.

Friday, July 2, 2010

Mengadap Sultan Johor di KL





SALAM! Baru2 ini aku mengadap Sultan Johor di KL. Jumpa dengan Tuanku Sultan hampir satu jam, mendengar dia bercerita tentang hobinya. Dia juga tunjuk iPadnya yang baru. Aku tengok Tuanku Sultan ni peramah dan sukakan IT.