MOHON semua saudara mara berdoa agar si Zul (nama sebenar Hashim) sembuh seperti sediakala. Aku di India apabila mendapat berita yg si Zul kritikal dan berada di CCU, Hospital Universiti. Dia mengidap sakit thyroid. Dia di bawa ke hospital.Dia jatuh dan tak sedarkan diri. Mohon panjangkan doa agar dia sembuh sepenuhnya. Ini gambar si Zul dengan si Afiq yg dirakam di rumah Kedah pada Hari Raya Haji yang lepas.
Friday, January 22, 2010
panjangkan doa utk Zul
MOHON semua saudara mara berdoa agar si Zul (nama sebenar Hashim) sembuh seperti sediakala. Aku di India apabila mendapat berita yg si Zul kritikal dan berada di CCU, Hospital Universiti. Dia mengidap sakit thyroid. Dia di bawa ke hospital.Dia jatuh dan tak sedarkan diri. Mohon panjangkan doa agar dia sembuh sepenuhnya. Ini gambar si Zul dengan si Afiq yg dirakam di rumah Kedah pada Hari Raya Haji yang lepas.
Sunday, January 10, 2010
jom cuti di Royal Belum Forest! segar, aman

Cuti panjang Hari Raya China ni kita ada rancangan hebat. Jom kita bercuti di Royal Belum Forest, hutan yang berusia berjuta tahun. Aku ke sana dua minggu lalu untuk memancing. Tempat ni sesuai untuk berehat. KL ni bising, sesak dan ribut. Jom ke Belum. Dalam perjalanan tu, kita berhenti makan ikan bakar di Tasik Raban.
Wednesday, December 23, 2009
Majlis kahwin anak Hamdan Gombak

SALAM! Disember musim orang kahwin. Cuti sekolah panjang. Musim hujan pulak tu. Minggu lepas 19hb Dis anak Hamdan Gombak pulak kawin. Nikahnya malam 18hb. Aku jenguk pada mlm 18 tu. Ingat nak jalan-jalan tengok kalau kerja yang boleh dibantu. Pegi dgn kelambu aje. Tubeless lagi. Rupa-rupanya anak dia nikah malam tu. Heheh! Langkah kanan. Aku makan. Udang masak lemak dgn kacang panjang, ikan cencaru goreng berlada, ikan keli goreng berlada, sambal belacan. Sedap. agi aku, lebih sedap makan malam nikah dari hari majlis bersanding! Majlis bersanding tu ramai juga orang. Lihat gambar2 ni. Ada bubur kacang. Dan ada kisah jejak kasih...tapi itu lain cerita!
Wednesday, December 16, 2009
Narathiwat - gelora dalam bara
SALAM! Aku ke Narathiwat minggu lepas. Buat liputan sikit sempena lawatan PM DS Najib ke daerah itu. Narathiwat ni adalah antara tiga kawasan "hangat" di Selatan Thai. Dua kawasan lain ialah Yala dan Pattani. Sebahagian besar penduduk di sini ialah orang Islam. Mereka adalah orang Melayu tetapi warganegara Thai. Mereka boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan selain bahasa Siam. Aku tidor di Hotel Imperial yang mengenakan sekatan sekuriti yang ketat kepada sesiapa saja yang menginap di situ. Apa yang menarik di Narathiwat? Tomyam menang first class! Makan pulut santan dengan mangga masak juga sedap! Tak susah nak ke sana. Pergi ke Kota Baru, naik kereta ke Pengkalan Kubur, naik boat menyeberangi Sg Golok, naik teksi ke Narathiwat. Dalam masa 2 jam, dah sampai Narathiwat!
Sunday, November 29, 2009
apabila cinta bertentang mata




sekali sekala kita berjumpa
bertanya khabar bertegur sapa
tangan dijabat penuh mesra
itu tanda saudara setia
makanan dihidang elok belaka
menanti pengantin berdua ditakhta
intan dan aziz nama kedua-duanya
merpati sejoli seia sekata
apabila cinta bertentang mata
segala peristiwa indah belaka
tuan dan puan pasti dah merasa
betapa panas bahangnya cinta
aidiladha yang baru berlalu
kita semua berhajat satu
menyerikan majlis orang bermenantu
pernikahan berlangsung dipagi sabtu
kawan lama dan kawan baru
di taman tun semua bertumpu
di majlis kami mohon restu
agar mempelai kekal ke anak cucu
doa kami pada semua
jangan lupa menjengok sesama kita
silaturrahim asas persaudaraan kita
jangan sesiapapun mudah terlupa
yob
kuala lumpur
11 zulhijjah 1430
Subscribe to:
Posts (Atom)
