Thursday, May 5, 2011

Perjumpaan keluarga TRS di PD Part 2

















ASSALAMUALAIKUM sekali lagi! Ini bahagian kedua laporan perjumpaan keluarga TRS di Sri Pena. Selepas majlis baca yassin dan tahlil, kita semua menjamu selera. Ada juga lucky draw. Banyak betul hadiah dan ramai yang dapat. Bukan benda mahal2 tetapi lebih kepada suka2. Majlis disusuli pulak dengan supper - makan satay. Enak betul satay yang diuruskan oleh Pak Lang Hanafiah. 70 sen secucuk kalau tak silap. Kuah dia pun bagus. Sambil2 tu, ada pulak yang menunjuk bakat dengan nyanyian karaoke. Yob buat pengumuman pertanding karaoke tergempar tanpa apa2 persiapan. Sebelas peserta ambik bahagian dengan bayaran $3 seorang. Mana ada mcm ni punya pertandingan! tu fasal lah, benda ni hanya suka2. Ada juga yang mandi dalam kolam renang sambil rehat2. Di pertandingan Karaoke si Medan dapat nomb2r satu. Nombor dua jatuh pada Ekhwan dan nombor tiga dimenangi oleh Uncle Z, menanti Pakcik Karim suami si Hasrini. Hadiah pertama dapat tengok konsert Awie dan Wings di Istana Budaya (tiket VVIP). Tapi Medan tak dapat pergi last minit. Kerja, kata dia. Karaoke habis kira2 pukul 1 pagi. Macam2 style bila menyanyi tu. Lihat gambar2 ini. Maaf takda gambar2 makan satay kerana Yob dalam kolam renang masa tu..Lepas tu memory kad kamera penuh

Wednesday, May 4, 2011

Perjumpaan mesra keluarga TRS di PD



















SALAM! Pada 30 April dan 1 Mei lepas, sebahagian ahli keluarga TRS berkumpul di Sro Pena, Port Dickson, untuk upacara tahunan. TRS ialah tiga induk utama dari satu rumpun yang dapat dicari dan dikenalpasti. Sejak beberapa tahun yang lalu, ahli keturunan tiga induk yang ada pertalian darah ini berkumpul untuk menjalin dan merapatkan silaturrahim. Seramai 184 ahli keluarga. Yang berdaftar sebelum turun ke PD ialah 150. Kita mengalu-alukan kehadiran mereka. Tapi lebih elok kalau daftar lebih awal supaya semua boleh dapat T shirt dan cukup nasi lemak dan meehoon untuk sarapan pada 1 Mei itu. Perjumpaan kali ini boleh menjadi contoh untuk perjumpaan2 lain di masa depan. Banyak gambar yang diambik tapi tak sempat nak masukkan semua dalam artikel ini. Yob akan muatkan gambar2 lain dalam artikel yang akan datang. Perjumpaan kali ini juga bermula dengan permainan kanak2, orang dewasa, solat jemaah Maghrib, bacaan yassin, tahlil dan jamuan makan malam. Ia disusuli oleh jamuan satay dan pertandingan karaoke.

InsyaAllah, kita akan buat trip umrah pula di masa depan jika ada sambutan.

Sunday, April 24, 2011

Happy Birthday Puan Norsimah!



Happy 30th Birthday Cik Norsimah! Hari ni tadi kita sambut hari ulangtahun Puan Norsimah secara sederhana. Dengan anak beranak dan adek beradik yang sempat dan tahu. Simple aje. Kebetulan pulak adek beradek berkumpul untuk buat persiapan majlis perjumpanan tahunan Keluarga TSR pada 30 april-1 Mei depan. Moga2 Puan Norsimah dilindungi dan dirahmatiNya dunia akhirat.

Maaf dan Salam!





Maaf kerana terlalu lama tak update blog. Sibuk ke merata tempat. Termasuk Sarawak. Gambar2 ini bukti kesibukan! hehe. Jangan marah! Nanti kena jual..

Ini gambar2 yang dirakam di Bakun, Sarawak. Lihat pakaian tradisi orang ulu Sarawak. Hidup mereka riang dan mesra.

Saturday, December 25, 2010

Slim River ada airport!













SALAM! Tahukah anda semua bahawa di Slim River ada airport? Ini bukan soalan trick. Ini soalan betul. Yob ada dengar yang Slim River ni ada satu airport kecik. Yob pernah dengar cerita ni lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu. Rupa-rupanya betul. Kawasan airport ni kawasan larangan. Kawasannya lebih kurang 200 ekar. Ini projek usaha sama antara Yayasan Selangor dengan dua individu tempatan. Yob sempat ke sana hari Khamis lepas untuk memancing. Kami dapat 2 ekor toman (tiap2 seekor lebih kurang 2kg), dan lebih kurang 10 ekor haruan. Berbaloi. Pakai umpan katak. Tempat airport tu ada chalet yang boleh disewa. Swimming pool pun ada! Dan ada dusun durian dan rambutan. Menarik betul. Lihat gambar2 yang dimuatkan di sini. Ada dua buah kapalterbang kecik diletak kat situ. Kalau ada sesiapa yang berminat nak belajar bawa kapalterbang, inilah tempatnya..